WAN AZIZAH MOHON PRESIDEN PAS JAWAB SOALAN LIM KIT SIANG

Episod hubungan renggang DAP dan PAS berlarutan kali ini dengan campur tangan Presiden PKR, Wan Azizah.

Ini semua gara-gara kekerapan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat dan keenganan PAS mengikuti arahan PKR dan DAP dalam menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Selepas itu bermulalah tarik tali bagi PAS dan DAP yang hendak keluar Pakatan Rakyat. Namun, sampai sekarang masih lagi di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat.

Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa ada perkara yang tidak berjalan lancar dalam Pakatan Rakyat (PR), perlu ditanyakan kepada PAS, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail.

"Kenyataan tersebut adalah lebih baik sekiranya ditanyakan sendiri kepada PAS, kerana PKR dan DAP tidak mempunyai sebarang masalah komunikasi. Namun, komunikasi dengan Presiden PAS mungkin boleh diperbaiki,” kata Dr Wan Azizah pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini pada Rabu.

Beliau bagaimanapun mengakui pimpinan tertinggi PR perlu mengadakan pertemuan dengan lebih kerap.

“Saya fikir, ini satu satu cara agar PR mengadakan mesyuarat lebih kerap. Kita perlu konsensus dan kerjasama serta perlu berkongsi prinsip yang sama, ini akan membolehkan kita bersaing dengan lebih baik dengan Barisan Nasional. Jika kita tidak bersatu, kita tidak boleh mendekati pengundi dengan lebih baik,” katanya.

Dalam entri terbaru di blognya pada Isnin, Lim berkata, mesyuarat perlu diadakan lebih kerap untuk memperkukuhkan polisi bersama dan prinsip kerjasama mereka.

"Jika anda tanya saya sama ada Pakatan Rakyat mampu bertahan untuk bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-14, saya tidak mempunyai jawapan kerana saya tidak tahu,” katanya.

Lim berkata, kerangka polisi dan prinsip kerjasama PR merupakan kunci yang menyelamatkan parti campuran itu.

Apa pun selepas ini nak tunggu jawapan Presiden PAS sendiri selepas persoalan ini diajuka noleh Presiden PKR, Wan Azizah.

Harus diingat bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang kuat berbanding PKR dan DAP yang sering dilihat menggunakan kesempatan ke atas ahli PAS dalam menyokong calon PKR dan DAP dalam kawasan DUN yang mereka menang.

Malah, dari segi kekuatan parti PAS masih kelihatan kuat dengan keahlian PAS yang semakin kuat terutama yang melibatkan keagamaan dan sosial.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 11, 2014 at 11:41 AM

Tak penat betul mengadu domba bagi pr berpecah..... ok.... cuba lagi...

Asalkan negeri mundur terus mundur....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger