TIADA PROJEK IC SEPERTI YANG DIBAWA PEMBANGKANG


Biarpun Laporan Siasatan Di Raja (RCI) Sabah tidak menyebut adanya Projek IC, tetapi pembangkang masih memainkan isu ini.

Motifnya hanya untuk memberikan gambaran buruk kepada kerajaan kononnya kehadiran pendatang asing di Sabah atas kesalahan kerajaan.

Kementerian Dalam Negeri sekali lagi menegaskan, tidak wujud sindiket atau ‘Projek IC’ sebagai satu perancangan sama ada oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau mana-mana jabatan serta agensi di bawah kerajaan negeri Sabah secara langsung dan tidak langsung.

Malah, Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah memutarbelitkan dapatan laporan suruhanjaya siasatan pendatang asing di Sabah dengan mengangkat kenyataan saksi bahawa wujud Projek IC di negeri ini.

Tegas beliau, kenyataan yang dibuat itu dilakukan tanpa memberi gambaran sebenar bahawa keterangan saksi-saksi berkenaan tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas dan kredibilitinya boleh dipertikai kerana mereka merupakan bekas tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya ingin menyatakan bahawa apa yang penting tiada ‘Projek IC’ wujud di Sabah. Namun, terdapat perbuatan yang dilakukan individu luar atau dalam JPN ketika itu berhubung isu ini.

“Bagaimanapun, kita telah mengambil tindakan awal dengan menahan dan membicarakan 94 pelaku atas isu ini di bawah ISA,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Sementara di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut menjelaskan jumlah penduduk warganegara Malaysia di negeri ini adalah lebih rendah berbanding penduduk warganegara Malaysia di Sarawak.

Kata beliau, berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan 2010, jumlah keseluruhan penduduk di Sabah, termasuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang memiliki dokumen sah serta pendatang asing tanpa izin (PATI) ialah 3.2 juta orang.

Ujarnya, daripada jumlah 3.2 juta orang itu, penduduk warganegara Malaysia di Sabah cuma 2.5 juta berbanding Sarawak 2.6 juta orang.

“Berdasarkan jumlah 3.2 juta orang penduduk di Sabah, jumlah rakyat asing termasuk yang memiliki dokumen dan dibenarkan bekerja di negeri ini serta PATI ialah kira-kira 700,000 orang.

“Kita turut mempunyai kesukaran menganggarkan bilangan sebenar PATI di Sabah kerana kehadiran mereka tidak didaftarkan, namun jumlahnya dianggarkan sekitar 250,000 orang,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan akan melakukan operasi bagi membanteras jumlah PATI yang berada di negeri ini.

Katanya, perkara itu merupakan komitmen kerajaan melalui kementeriannya dalam memastikan masalah kebanjiran PATI dapat diatasi.

Beliau memberitahu, seramai 17,434 PATI telah dihantar pulang dari negeri ini sehingga November 2014.

Sumber: Utusan

Hakikatnya, tidak ada mana-mana kerajaan di dunia ini yang mahukan keselamatan rakyatnya terancam berikutan kemasukan pendatang asing secara haram.


Malah, kerajaan sentiasa menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan rakyatnya sentiasa selamat. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 18, 2014 at 11:37 AM

"Jumlah PATI dianggarkan sekitar 250,000 di Sabah". Jumlah betul mungkin 2x ganda.

Semuanya kerana "INDIVIDU LUAR ATAU DALAM JPN".

Pehhhhh, Hebat "INDIVIDU LUAR ATAU DALAM JPN" tue. 250K woiii. Bukan 5, 10 orang pati. Pemerintah tak tahu ke? Tak tangkap pesalah ke?

Yang cerdik dan nak maju secara adil ramai dah join PAKATAN!!!!!

Anonymous
December 18, 2014 at 11:48 AM

Baca“Bagaimanapun, kita telah mengambil tindakan awal dengan menahan dan membicarakan 94 pelaku atas isu ini di bawah ISA,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Sementara di sini hari ini."

Ko dah pernah tinggal sana? locals/natives sendiri tamak macam setan duet, sedara mara import mcm cina/tamil.

Anonymous
December 18, 2014 at 6:15 PM

Anon 11.48!!! Tak perlu tinggal di Sabah... Pegi kl pun dah rasa macam duduk kat luar negara... Macam2 PATI ada!!!!

Boleh bagi pandangan??????

94 orang(membicarakan! Bukan bukti salah lagi woii) bawa masuk '250,000' orang. Ha.. ha.. lawak..

Nak seribu daya tak nak buat kerja seribu dalih.... Kasi peluang orang lain perintah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger