TERGEMBAR: SULTAN SELANGOR LUCUTKAN GELARAN ‘DATUK SERI’ ANWAR IBRAHIM


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini membuat ‘kejutan 2014’ apabila mengambil keputusan MELUCUTKAN gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada tahun 1992.

Ini dipercayai berkaitan dengan sikap derhaka Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang dalam beberapa isu yang melibatkan Sultan Selangor.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pagi Khamis memberitahu perlucutan gelaran tersebut berkuat kuasa 3 November lalu.

Nampaknya, kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak minggu lepas sebenarnya dalam keadaan tiada gelaran Datuk Seri.

Menurut Istana Selangor keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau “berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.”

“Sultan, selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah kehormat yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Anwar Ibrahim, dibatalkan berkuat kuasa 3 November, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberi anugerah seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

“Keputusan ini adalah berdasarkan tindakan Anwar mempersoalkan berulang kali kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja dalam menyelesaikan MB krisis Selangor, serta menyoal Baginda berkaitan isu-isu membabitkan agama Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.


Tambahnya, tindakan dan tingkah laku yang penasihat PKR itu menunjukkan bahawa dia tidak layak lagi untuk memegang apa-apa pingat.
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
December 4, 2014 at 12:41 PM

Macam crita hang tuah je ni...

Anonymous
December 4, 2014 at 1:02 PM

jangan berangan macam hang tuah,macam tak bertuah bolih lah

Anonymous
December 4, 2014 at 1:10 PM

Perak pun patot tarik balik....dari Ex MB lambai Lilin...!

Anonymous
December 4, 2014 at 1:54 PM

anwar boleh gunakan gelaran yg mat sabu kurniakan,setakan ni mat sabu belum menarik balik gelaran tersebut

Anonymous
December 4, 2014 at 2:39 PM

Gelaran YB Ketum Anwar Ibrahim jangan dibuang ia terlalu sentimental.

Anonymous
December 4, 2014 at 5:54 PM

Agak2 pejuang keadilan dulu2 ada gelaran apa ek bila dorang meninggal dunia?????

Anon2 semua, gelaran tu kat dunia jer... hmmmm..

Anonymous
December 4, 2014 at 10:32 PM

Memangle kat dunia je

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger