TAHNIAH AZMIN ANDA BERJAYA IKTIRAF SELANGOR SEBAGAI PUSAT TERNAKAN BABI SECARA BESAR-BESARAN


Meskipun mendapat tentangan pelbagai pihak, kerajaan negeri nekad untuk melaksanakan projek penternakan khinzir moden di Kuala Langat, demikian menurut Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Dalam mana-mana isu pembangunan mesti akan ada bantahan daripada pelbagai pihak. Tetapi dasar kerajaan negeri, kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO dan sebagainya sebelum sebarang keputusan diambil.

“Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita menghormati pandangan rakyat,” katanya yang ditemui di Majlis Penyampaian Hak Milik Pemilik Bangunan Perniagaan Lestari dan Penyerahan Notis 5A di Taman Subang Permai, pagi ini.

Sambil menyifatkan projek penternakan ini bukan satu masalah yang besar, Azmin berkata kerajaan negeri akan menyediakan teknologi-teknologi khusus bagi mengatasi masalah pencemaran di kawasan itu.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan.

“Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini,” katanya

Projek penternakan khinzir moden memasuki fasa baharu apabila ia telah dibentangkan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Ia dijangka dibina di Ladang Tumbok di Mukim Baru Laut, Kuala Langat.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dalam satu kenyataan berkata akan akur dengan segala keputusan kerajaan negeri untuk menjalankan projek berkenaan.

Bagaimanapun kerajaan negeri sehingga kini masih belum menetapkan mana-mana syarikat untuk dilantik menguruskan penternakan ladang khinzir moden itu.

Sebelum ini tersebar sepucuk surat jemputan Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan ‘ModernPig Farming’ di kawasan tersebut yang dijadualkan pada Selasa lalu.

Projek penternakan khinzir moden ini bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak,termasuk penduduk setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa.

Ini kerana kawasan berkenaan didiami ramai masyarakat Melayu, selain menjejaskan kebersihan apabila pengusaha ladang haiwan itu melepaskan sisa-sisa ternakan ke sungai dan laut berhampiran


Sumber: mymassa.blogspot.com
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

December 22, 2014 at 5:38 PM

kenapa nak buat kat kawasan melayu? buat la kat kawasan cina..

Anonymous
December 24, 2014 at 11:44 AM

Buat kat kawasan Melayu? Bukankah ia wujud sejak zaman bee end lagi.....

Pakatan hanya perlu pastikan ia diuruskan dengan baik untuk elak pencemaran.

Anonymous
December 24, 2014 at 4:23 PM

Sepatutnya tahniah kepada penasihat ekonomi Selangor Anwar Brahim.

Anonymous
December 25, 2014 at 10:41 AM

Camonla Cakap senang. Penyudahnya nanti lain jadinya. Ini salah satu cara nak halau Melayu dari Kuala Langat secara halus kerana baunya saja cukup teruk. Melayu Kuala Langat.x patut berdiam diri. Setuju ngan Kamarul buat di tempat Cina. Lagi pun projek ni x untungkan rakyat secara keseluruhan hanya untuk Cina. Mana ada keadilan atau kesamarataan seperti yg diwar-warkan? Kerajaan juga patut buat projek yang lebih RM100 juta bagi orang Melayu ( contoh projek ternakan lembu dan kambing) yang menjadi penduduk majoriti Selangor.

Anonymous
December 25, 2014 at 10:56 AM

x guna punya MB dan punahsihat ... %. Kata dulang paku serpih, kata BN tapi dia yang lebih. Porah.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger