SULTAN SELANGOR SUDAH PENAT LAYAN KARENAH PAKATAN RAKYAT SELANGOR


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya perlu bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan bertitah, baginda sudah ‘penat’ dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang.

“Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat,” titah Sultan Sharafuddin dalam satu temu bual dengan The Star sempena ulang tahun baginda ke-69, Khamis.

“Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang,” titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis menteri besar di Selangor.

Sultan telah mengingatkan pemimpin negeri supaya mengelakkan keputusan atau kenyataan populis. “Jangan cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat”, titah Baginda.

Menyentuh mengenai suasana politik kucar-kacir yang membawa kepada pelantikan Azmin sebagai menteri besar, Sultan Sharafuddin bertitah proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan.

Kebimbangan utama baginda ialah pada bulan-bulan tertentu di mana berlaku masalah peralihan jawatan menteri besar dan telah menjejaskan fungsi kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin bertitah gangguan terhadap pentadbiran negeri itu ‘sangat, sangat mementingkan diri sendiri’.

Baginda bertitah, bahawa baginda terkejut apabila pertama kali mendengar tentang Langkah Kajang, cara PKR untuk memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan  dan kemudian menjatuhkan menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 12, 2014 at 8:03 AM

DAULAT TUAnku1

Maka, yg. amat PENTINGnya, secara PRAKTIK, dan dgn. SEGERA ialah supaya DYMM YDPA melalui Majlis Raja-Raja, mengambil alih tugas MENGENDALIkan Tanah Rizab Melayu kita (juga untuk pastikan tidak dibangunkan oleh individu semata-mata; dan sebarang pembangunan hanya utk. kebajikan keseluruhan umat Islam/Melayu terutamanya yg. MISKIN/sederhana), Bahasa Melayu/Arab/Jawi dan Rejimen Askar Melayu diRaja kita ni, serta Kesultanan Islam/Melayu/YDPA, melalui Majlis Raja-Raja dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN; yg. mana kuasa ini telah diRAMPAS sewenangnya oleh PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Dan lihatlah nasib malang kes anak-anak pelarian Rohingya yang saudara se Islam kita tapi tidak di perlakukan dengan adil di negara Islam kita ini; contohnya untuk ke sekolah - lihat di http://202.190.126.82/utusan/Bicara_Agama/20140305/ba_03/Sinar-buat-kanak-kanak-Rohingya , Sinar buat kanak-kanak Rohingya, Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD, ARKIB : 05/03/2014!

Lagipun, bayangkanlah kalau si DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillahi min zalik) – mungkin akan memberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni! Tengok sajalah S’pura dan ISrael (yg. juga sebahagian dari NATO) yg. mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISrael sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Arab Palestin termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

Nenek TUA Sambal Petai.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger