SEMENJAK AKTA HASUTAN AKAN TERUS DIPERTAHANKAN RAMAI MULA TERTEKAN DAN MEROYAN


Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan pasport antarabangsa milik blogger porno Alvin selepas beliau enggan pulang ke Malaysia bagi menyambung perbicaraan berhubung tindakannya menghina agama Islam telah mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan bahawa pasport blogger kontroversi, Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil yang mencari suaka politik di luar negara, ditarik balik.

Ketegasan ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan bagi membolehkan mereka yang menimbulkan kekacauan dan mengucar-ngacirkan perpaduan rakyat Malaysia diambil tindakan segera dan tegas.

Menurutnya, penarikan tersebut berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Jabatan Imigresen menghantar surat maklumat rasmi ke alamat terakhir mereka.

“Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu,” kata Mustafa.

Dan, hari ini, aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan di dalam facebooknya bahawa kini beliau telah memiliki kad perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).

Jelasnya, kini beliau sudah tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional serta Sultan.

“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti,” tulisnya di dalam Facebook.

Ali yang melarikan diri ke Sweden turut memberitahu bahawa Malaysia kini sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.

“Kepada barua UMNO dan penjilat bont*t sultan, makin ramai rakyat Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat,” ujar beliau lagi.


Ali melarikan diri ke Swedan selepas tindakannya yang menyalahi undang-undang Malaysia apabila cubaan menghasut dengan menghina Sultan dan Raja Melayu. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 10, 2014 at 7:23 PM

apakah tindakan hanya dilakukan kepada Alvin dan Ali ?

bagaimana dengan individu Dorris Jones yang menghasut sentimen rakyat sabah dan sarawak agar keluar dari persekutuan Malaysia ? yang lari ke luar negara dan menabur pelbagai fitnah serta kebohongan ? yang mahu negeri sabah dan sarawak 'merdeka' dari persekutuan ? apakah Dorris Jones harus dibiarkan ?

KDN dan Imigresen sila palingkan muka dan teliti Dorris Jones , tindakan yg sama harus dikenakan kepada manusia ini !

;Kami mahu tindakan yg sama diambil keatas Dorris Jones !!

Anonymous
December 16, 2014 at 11:17 AM

Dorris Jones tidak akan terlepasa, bukan sahaja passport bahkan kerakyatan ketiga-tiga mereka perlu dilucutkan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger