SAKSI KE 209: TUN DR MAHATHIR NAFI KERAJAAN KELUARKAN KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING


Ini mungkin maklumat yang tidak mahu didengar pembangkang, tetapi sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tahu apa yang pernah beliau buat sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Manakan, seorang Perdana Menteri (ketika itu) mahu mengambil pendatang asing dan diberikan kad pengenalan untuk dijadikan warganegara Malaysia. Itu kerja gila namanya.

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah melalui cara yang tidak sah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah bahawa hanya mereka yang layak sahaja diberikan taraf kewarganegaraan.

Dalam penjelasannya selama 90 minit, Dr Mahathir yang merupakan saksi ke 209 berkata seseorang warga asing itu perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum layak dianugerahkan kewarganegaraan.

Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah seseorang warga asing itu perlu tinggal beberapa tahun di Malaysia, menggunakan bahasa kebangsaan dan menjiwai budaya negara.

Dr Mahathir pada masa sama percaya pengeluaran kad pengenalan dibuat secara tidak sah oleh pegawai berpangkat rendah.

Dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing, secara lazimnya ia dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah dipersetujui sebelum digazetkan untuk dilaksanakan.

Jelas, pembangkang cuba mengambil kesempatan ini untuk mengelirukan rakyat kononnya pemberian kad pengenalan ini dilakukan oleh kerajaan.


Harus diingat bahawa kes ini disiasat sejak dari tahun 1972 hingga 2012 dan dalam tempoh itu Sabah telah diperintah oleh banyak parti politik termasuk pembangkang di mana kuasa pemberian kad pengenalan itu diberikan kepada kerajaan negeri sebelum dikembalikan kepada kerajaan Pusat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger