#RCISABAH KERAJAAN TETAP BERI JAMINAN TERHADAP KESELAMATAN PENDUDUK SABAH


Tiada negara di dunia ini yang mana kerajaannya tidak melindungi mahupun menjaga keselamatan penduduknya termasuklah Malaysia. 

Dalam usaha menangani permasalahan Pendatang Asing Tanpa Izin, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang bertujuan menjamin keselamatan penduduk Sabah antaranya:

1. Menyelaras bersama agensi/jabatan keselamatan yang lain secara bersepadu
Memperhalusi cadangan menempatkan semula perkampungan atas air.

2. Melaksanakan program dan aktiviti menerusi berceramah dan turun lapangan bagi memberikan kesedaran tentang pentingnya kerjasama dalam menjaga keselamatan Sabah.

3. Meningkatkan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bermula sejak tahun 1990 hingga November 2014 dengan jumlah mereka yang ditangkap, diusir pulang dan pulang secara sukarela seperti berikut (Rujuk rajah di atas) Sehingga kini jumlah keseluruhan mereka yang pulang secara sukarela dan diusir pulang ialah sebanyak 475,455 orang.

4. Memberikan informasi terkini dan sahih berkenaan dengan kesedaran keselamatan kepada orang awam melalui pelbagai cara termasuk media sosial.

Kerajaan sesekali tidak akan membiarkan rakyatnya diancam atau terancam keselamatannya. 

Untuk itu, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keselamatan rakyat terutama mereka yang terdedah dengan ancaman keselamatan khususnya di Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor yang kedudukan mereka bersempadan dengan negara jiran.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 5, 2014 at 5:39 PM

Mujurlah pantai2 Sarawak jauh dari persempadanan negara jiran spt Thai,dan Vietnam dan dipisahkan oleh "halangan" semulajadi iaitu laut China Selatan.Manakala di darat pula banjaran2 berbukit bukau memisahkan Sarawak drp Kalimantan Indonesia.Setakat ini permasalahan PATI dapat dibendung.Namun jangan pula Kerajaan leka dibuai dgn keadaan aman yg kita kecapi sekarang.Baik kita berjaga2.

Jalan2 tikus di bbp sempadan kita dgn Kalimantan jangan dibiarkan diceroboh.Tak salah kita berdagang dgn Kalimantan.Tetapi keselamatan jgn dibaikan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger