#RCISABAH ISTILAH 'PROJEK IC' DI SABAH HANYA SANDIWARA PEMBANGKANG


Sebelum ini ramai pihak terutama pembangkang mengaitkan Projek IC terhadap Kerajaan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Tujuan mereka hanya satu iaitu cuba memberikan imej yang buruk kepada kerajaan BN semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir mahupun pemerintahan BN sekarang dengan mengaitkannya dengan pilihan raya.

Tetapi, pengumuman Laporan Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah menjelaskan bahawa tiada langsung kaitan Projek IC dengan kerajaan sekali gus menggambarkan tuduhan pembangkang sebelum ini adalah palsu.

Sebaliknya, Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah yang dibacakan Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa semalam mendapati tiada pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat demi kepentingan politik khususnya atas nama ‘Projek IC’.

Menurutnya, berdasarkan laporan suruhanjaya itu, apa yang sebenarnya terjadi ialah pengeluaran kad pengenalan secara haram wujud disebabkan amalan rasuah oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didorong faktor kewangan.

“(Suruhanjaya mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut undang-undang. Ini menunjukkan bahawa ‘Projek IC’ yang dibangkitkan tak timbul,” katanya.

Dengan pengumuman Laporan RCI Pendatang Asing Di Sabah menandakan berakhirnya fitnah pembangkang bahawa kewujudan Projek IC itu didalangi kerajaan.


Sebaliknya, kehadiran pendatang asing di Sabah itu dicetuskan sindiket pemalsuan IC oleh ‘orang dalam’ JPN dan telah dikenal pasti serta diambil tindakan sewajarnya dalam usaha membasmi kegiatan tidak berakhlak ini.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
December 4, 2014 at 10:59 AM

Kalau dah salah tu lari kat dunia bleh la.....

Tolong guna otak. Siapa pemimpin negara bila ramai pendatang masuk ke Sabah??????

Dialah kena bertanggungjawab.... Tiada kaitan ke tu?????

Jangan jadi bangang macam tak jib kata!

Anonymous
December 4, 2014 at 12:06 PM

Mudah nya menuduh... kamu jelah jadi pemimpin. Cuba bagi cadangan bernas... org mcm kamu yg suka melalak dan menuding nampak salah orang memang ramai. Kalau kamu hebat.... lihat pencapaian kamu sendiri... klu ade keluarga dan kejiranan... hebat mana sumbangan kamu? Jadi rakyat yang menyumbang... bagi idea yg sedikit jauh lebih baik.

Anonymous
December 4, 2014 at 12:40 PM

Anon 1206. Dah 50 tahun. Macam2 idea orang lain dah bagi sepanjang 50 tahun tu. Tapi bumiputera masih takut dengan bayang orang lain.

Kesimpulannya...Jangan bagi idea bernas kat bee end.

Nanti digunakan untuk memperkayakan dan mengukuhkan mereka dan kroninya...

Anonymous
December 4, 2014 at 1:45 PM

Itu persepsi yg pembangkang tanam. Dan bapa segala rasuah pon da dilucut gelaran datuk seri... walaupun mengambil masa yg lama... kebenaran tetap menjelma. Pernah tanya bagaimana kroni2 dlm pembangkang pulak kaya... atau da sumbat telinga dengan cotton bud. Jgn risau ...kuasa Allah insyaAllah yg salah guna kuasa tu akan jatuh mcm muhamad taib mike tysob khir toyo...tapi anwar sorang je gila kuasa. Cuba kaji balik kwn2 rapat anwar dari golongan profesional, bekas imam negara yg dihormati pon tinggalkan dia. Org mccm kamu ni je yg xsedar2 menegakkan benang basah. Meroerkayakan diri tu dimana2 ade sbb sifat tamak individu. Boleh komen bagaimana anwar dan keluarga masih boleh hidup mewah?

Anonymous
December 15, 2014 at 9:50 AM

Wow.. How much are you paid for that corrupted rebuke?

Anonymous
December 17, 2014 at 11:21 PM

datang ke sabah.. baru tau betul atau tidak projek IC... jangan jadi jahil murakab... sudah bodoh terus di bodohkan..inilah susahnya kalau manusia tapi jilat tahi...mana lagi tahu yang haq dan batil

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger