RAFIZI TETAP ENGGAN MINTA MAAF TERHADAP NAJIB RAZAK


Biarpun telah dihantar surat peguam, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memanipulasi harga minyak untuk kepentingan diri sendiri.

Ahli Parlimen Pandan itu memilih untuk mempertahankan kenyataan yang dibuat dalam ucapannya di Bandar Tun Razak pada 22 November lalu di mahkamah.

“Kenyataan saya itu yang mempertahankan subsidi untuk rakyat dan mengutuk pembaziran kerajaan adalah tepat.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, diberi notis selama 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut dan kegagalan beliau berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

Notis tuntutan tersebut dihantar menerusi firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak yang mewakili Najib serta Rosmah atas kapasiti peribadi.

Rakaman video yang mengandungi dakwaan Rafizi itu turut disiarkan melalui YouTube dengan tajuk ‘Rafizi Ramli: Kenapa kita pertahankan subsidi minyak’ serta dimuat naik ke laman Facebooknya dan media rakyat.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 6, 2014 at 11:47 AM

ingat najib ngan rosmah nak ke datang ke makamah..?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger