RAFIZI RAMLI TIDAK BELAJAR DARIPADA KESILAPAN ‘LANGKAH KAJANG’


Isu kegagalan ‘Langkah Kajang’ yang dicetuskan Rafizi Ramli tidak pernah dijadikan iktibar oleh Setiausaha Agong PKR dan pemimpin PKR yang lain.

Malah, sikap PKR yang sinonim dengan DAP dalam menderhaka kepada Kesultanan Melayu kian meningkat sehingga sewenang-wenangnya penyokong mereka memuat status dalam media sosial.

Lihat sahaja dalam krisis Menteri Besar Selangor yang memperlihatkan bagaimana PKR dan DAP menderhaka kepada titah Sultan Selangor, satu sikap kurang ajar PKR dan DAP terhadap kedudukan raja-raja.

Akibatnya, gelaran ‘Datuk’ yang diterima Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ditarik balik gara-gara sikap derhakanya.

Kegagalan ‘Langkah Kajang’ yang disebabkan Rafizi Ramli sehingga kini masih lagi dinafikan pencetusnya, Rafizi Ramli.

Rafizi bukannya mahu mengundur diri dari politik kerana kegagalan 'Langkah Kajang' tetapi membuat kenyataan yang kurang cerdik dan bakal memalukan diri beliau sekali lagi.

Kali ini ialah kenyataan beliau mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir tentang UMNO, PKR dan PAS yang terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina.

"Tiada satu tawaran Pakatan Rakyat pun yang bertentangan dengan Perlembagaan atau menyentuh isu kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu atau kedudukan raja-raja.

Apakah benar tiada langsung tawaran Pakatan Rakyat tersebut?

DAP di dalam Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan dasar parti itu yang didakwa menyeleweng dan menghina Perlembagaan Malaysia?

Isu ini telah hangat diperkatakan dalam media sosial tetapi pihak DAP buat bodoh dan tidak menjawab isu besar ini. Anda baca print screen di bawah :



Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan:

Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik.

dan

Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'

Kepada Rafizi, bukankah terdapat beberapa perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan kedudukan istimewa orang Melayu yang dipertikai oleh dasar DAP ini?

Dan, sehingga ke hari ini, kepimpinan DAP diam membisu tentang dasar melampau parti itu.


Sebaliknya, mereka berterusan menuding jari ke pihak lain termasuk menghina parti PAS dan Presidennya supaya rakyat tidak memperkatakan keburukan dan DAP.

Ini bukan yang pertama bahkan banyak lagi perkara yang terkandung dalam Perlembagaan yang memelihara keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera telah dipertikaikan DAP, parti yang bersengkongkol dengan PKR. 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 22, 2014 at 10:54 AM

Keistimewaan kaum Melayu serta bumiputera amnya termasuk semua etnik asal bumi Sarawak dan Sabah akan lenyap dlm Perlembagaan negara jika benar agenda DAP/Pakatan dilaksanakan sejurus PR menang memerintah negara.

Maka tiada lagilah keistimewaan atau "privileges" bagi kaum Melayu dan bumuputera.Tiada lagi kuota bagi jawatan2 dlm agensi kerajaan utk Melayu dan bumi.Tiada lagi kuota tender bagi syarikat2 bumiputera.Tiada lagi kuota kemasukan pelajar2 bumi di PTA.Ringkasnya hilanglah keistimewaan bumiputera.

Kalau dah hilang semuanya jangan pula kita menyalahkan BN kerana gagal mempertahankannya.Jangan merungut jika tak dapat tender.Jangan merungut jika anak gagal ke PTA.Jangan merungut jika tak dapat bekerja di agensi2 kerajaan.Jangan merungut.Maka kita ucapkan terima kasih kpd DAP sebab mementing dan mengutamakan "merit" dlm semua bidang.

sekadar pandangan 5sen

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger