PEMILIK PREMIS YANG DIROBOH JTS MINTA BANTUAN PKR SARAWAK


Apabila telah didapati bersalah, pergi minta bantuan pembangkang. Apabila cuba mohon lesen dan sokongan, minta bantuan ADUN BN dan kerajaan.

Inilah yang dilakukan pemilik premis yang telah dirobohkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di kaki Gunung Santubong, Dayang Noorazrina Abdullah semasa sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak di Pejabat PKR Stampin.

“Saya percaya pihak di belakang tabir berniat merampas perniagaan yang sudah kelihatan berpotensi untuk terus maju,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR Stampin semalam.

Tindakan JTS itu dibuat disebabkan pemilik premis itu beroperasi tanpa kebenaran atas tanah milik kerajaan.

Jika benar apa yang dikatakannya bahawa ketika mula memulakan perusahaannya di kaki gunung tersebut pada 1995, dia mendapat sokongan penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sendiri dengan syarat membayar sewa.

“Pada 2006, saya mula menjaga trek Gunung Santubong dan tidak mengenakan sebarang bayaran kemasukan kepada pengunjung.

“Malah semua perbelanjaan ditanggung hasil pendapatan restoran. Bagaimanapun, pada 2012, saya mula mengenakan bayaran masuk iaitu RM8 selepas mendapat sokongan SEDC termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi,” katanya.

Dayang menjelaskan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) hanya muncul tahun ini setelah apa yang diusahanya di lokasi berkenaan menampakkan kemajuan.

“Saya percaya JTS sebenarnya tahu apa yang berlaku di sini. Tidak keterlaluan jika saya katakan sebenarnya ada dalang di sebalik insiden ini.

Sekiranya mengetahui dirinya tidak bersalah, kenapa perlu merujuk dan meminta bantuan pembangkang? Kenapa tidak terus bersemuka dengan SEDC dan YB ADUN Pantai Damai yang sebelum ini memberikan sokongan.

Kenapa juga tidak terus pergi mendapatkan penjelasan daripada JTS? Sebaliknya, kenapa terus pergi menghadap pembangkang yang pasti tidak mengetahui jalan cerita yang sebenar dan lebih kepada meraih publisiti?

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger