PEMBANGKANG DIGALAKKAN BACA BUKU LAPORAN #RCISABAH SUPAYA JANGAN CAKAP BANYAK

Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Bagi Pendatang Asing Di Sabah atau Royal Comission of Inquiry (RCI) On Illegal Immigirants In Sabah sepatutnya dimiliki pembangkang yang selama ini menunding jari terhadap kerajaan kononnya kerajaan terlibat dalam isu kedatangan pendatang asing di Sabah secara berleluasa.

Laporan RCI Sabah itu telah dibentangkan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara di Dewan Sakaran , Bangunan Tabung Haji Negeri Sabah,Kota Kinabalu, Sabah pada 3.12.2014, Rabu jam 4.00 petang.

Masalah pendatang asing adalah satu masalah yang dihadapi oleh Negeri Sabah sejak beberapa tahun yang lepas dan kini dilaporkan sudah sampai ke tahap kritikal.

Walaupun kerajaan telah mengambil beberapa langkah dan tindakan untuk menangani masalah kemasukan pendatang asing ke Sabah, namun rakyat Sabah, termasuk pemimpin politik, masyarakat umum dan pegawai kerajaan  melahirkan kebimbangan mereka terhadap banjiran pendatang asing di Sabah.

Masalah pendatang asing lebih runcing apabila kumpulan yang  tidak bertanggungjawap menimbulkan persepsi kononya kebanjiran pendatang asing  di Sabah adalah disengajakan malah Kerajaan Persekutuan mengeluarkan kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah demi kepentingan politik.

Menyedari kebimbangan rakyat Sabah maka Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju menubuhkan  Suruhanjaya Siasatan DiRaja atauRoyal Comission Of Inquiry (RCI) untuk menyiasat apakah benar dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan oleh setengah-tengah pihak kononnya kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam usaha menangani masalah PATI  dan mengeluar kad pengenalan dan kerayataan kepada warga asing demi kepentingan politik.

Suruhanjaya Siasatan Pendatan Asing Di Sabah (RCI) ditubuhkan dibawah peruntukan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan diumumkan pada  6 September 2012 dan laporan siasatannya perlu disiapkan sebelum 20 Mac 2013.

Namun, tempoh siasatannya telah dilanjutkan empat kali sehingga 21 Mei 2014 kerana berlakunya pelbagai peristiwa termasuk Pilihan Raya Umum Ke 13 dan  insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

RCI mengakui JPN telah menepati  semua peraturan, syarat, prosedur  dan Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Antarabangsa yang berkaitan dengan dokumen rasmi tersebut.

RCI mengakui Kerajaan Persekutuan telah mengamal sikap telus dan terbuka malah mengiktiraf segala langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam  menangani banjiran PTI di Sabah termasuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas Persekutuan  untuk mengendalikan masalah PTI di Sabah sejak 1989.

Siasatan RCI mendapati dakwaan kononnya JPN Sabah mengelurkan kad Pengenalan dan Kerayatan kepada  pendatang  asing adalah tidak benar dan tidak berasas. Malah, RCI mengakui JPN telah menepati semua peraturan, syarat, prosedur dan Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Antarabangsa   yang berkaitan dengan dokumen rasmi tersebut.

RCI mengesahkan bahawa keluaran kad pengenalan dan kerayataan kepada pendatang asing di Sabah adalah dibuat secara teratur mengikut peraturan ,undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Dengan ini, RCI menyatakan dengan jelas  tidak timbul isu kerajaan mengeluar kad Pengenalan atau kewarganegaraan kepada pendatang asing dengan  tidak sah.

RCI dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah  sejak tahun 1963 hingga september 2014 adalah hanya sejumlah  67,675   kad pengenalan dan 68,703 kewarganegaraan dan bukan lebih 800,000 orang pendatang asing diberikan dokumen tersebut seperti didakwa oleh setengah-tengah pihak.

Sementara itu RCI juga menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan banjiran pendatang asing ke Sabah adalah antaranya  faktor sejarah, antropologi, pergolakan politik dan kemiskinan  di Filipina Selatan dan Inonesia. serta  faktor  penolakan dan penarikan motivasi ekonomii, Dalam pada itu faktor motivasi ekonomi merupakan faktor yang banyak mendorong kebanyakan pendatang asing dari Filipina dan Indonesia memasuki Sabah.

RCI didapati wujudnya  pengeluaran kad pengeluaran dan kerakyatan palsu yang dikeluarkan oleh sindiket  atau kumpulan atau individu-individu yang tidak bertanggungjawap untuk kepentingan peribadi dengan mendalangi pegawai dan kakitangan JPN. Kegiatan sindiket yang mengeluarkan IC palsu untuk kepentingan kewangan mereka telah dipersepsikan sebagai ‘Projek IC’ oleh setengah-tengah pihak.

RCI juga mengakui Kerajaan telah mengambil tindakan untuk memerangi sindiket yang mengeluar kad pengenalan dengan tidak mengikut peraturan. Antaranya kerajaan telah mengambil tindakan terhadap 24 pegawai dan kakitangan daripada JPN, 4 orang penjawat awam dan 66 orang awam yang dikesan terlibat dalam sindiket pengeluaran kad pengenalan dengan tidak mematuhi peraturan. Beberapa ahli kumpulan sindiket tersebut juga telah dikenakan tahanan  ISA dan semua pegawai JPN yang terlibat telah diambil tindakan tatatertib dengan buang kerja.

Menurut KSN, kerajaan telah bersetuju mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai mana yang telah disyorkan oleh RCI  termasuk  menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Kerja  bagi meneliti dan membuat keputuasn dan tindakan ke atas isu-isu yang dibangkitkan didalam laporan RCI bagi menangani masalah pendatang asing di Sabah.

Justeru itu, Laporan RCI ini tidak harus dipolitikkan atau digempar-gempurkan malah semua pihak, terutamanya aktivis politik dan sosial, harus yakin terhadap Laporan RCI ini dan bersatu bersama kerajaan  dalam menangani masalah pendatang asing di Sabah.

Berkerjasama dan bertindak secara sepadu, tanpa ungkit dan membangit masalah lama, merupakan langkah bijak atau kunci kepada  keberkesanan penyelesaian masalah pendatang asing di Sabah.

Dalam hal ini, Laporan RCI boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk menyelesai isu pendatang asing di Sabah.

Justeru, jika pembangkang hendak bercakap pasal isu pendatang asing di Sabah adalah lebih baik mereka memiliki Laporan RCI Sabah yang turut memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger