LAGI PENSYARAH UNIMAS DIKENAL PASTI BERSAMA PEMBANGKANG


Selepas Prof Madya Dr Andrew Aeria dan Dr. Faisal Syam Hazis, muncul seorang lagi pensyarah UNIMAS yang pernah terlibat dalam kegiatan pembangkang iaitu isteri kepada Dr. Faisal Syam Hazis iaitu Dr. Nur Afifah Abdullah kelihatan pernah terlibat dalam beberapa aktiviti NGO Aliran tajaan PKR.

Semua ini terbongkar berikutan beberapa pendedahan selepas kemasukan kartunis Zunar, jentera gerak saraf PKR ke UNIMAS baru-baru ini.

Dari beberapa sumber terkini, Dr. Nur Afifah Abdullah terkesan menghadiri beberapa aktiviti NGO tajaan PKR termasuk aktiviti bersama Ambiga.

Ambiga, pengerusi NGO Bersih yang ternyata berjuang menentang kerajaan; beberapa siri himpunan ganas Bersih, perjuangan mempertahan golongan pengamal seks bebas (LGBT) dan baru-baru ini Ambiga berjuang untuk blogger seks Alvin Lee.

Mungkin masih ada lagi beberapa pensyarah UNIMAS lain yang terlibat; apa yang pasti perkara membawa hasutan membenci kerajaan ini bukan perkara baru kerana sudah lama ianya diluahkan oleh para pelajar yang masih dalam pengajian mahupun graduan IPTA tersebut.

Sememangnya para pensyarah bebas menggunakan apa-apa sumber mengajar dan pelajar pula bebas memilih hala tuju masing-masing namun adalah tidak elok jika aktiviti menghasut pelajar membenci kerajaan dilakukan menggunakan duit peruntukan kerajaan memerintah.

Segalanya diserahkan kepada pihak pengurusan UNIMAS samada mahu mengambil berat isu ini ataupun sekadar membiarkan ribuan graduan membangkang kerajaan setelah tamat pengajian.

Sumber: Sematan Ke Lawas

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 15, 2014 at 9:12 PM

Cuba tengok gambar tu.....macam gambar 4 orang lesbian!!!

Anonymous
December 16, 2014 at 7:49 AM

Selagi bumi tk sedar selagi itu minoriti akan hina kita

Anonymous
December 19, 2014 at 11:41 PM

LOL idiot. Do you know who and who or not in the picture? The kid is a guy. So his mom is a lesbo lah? Right.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger