KETUA WANITA PKR MAHU SAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Seolah-olah tidak tahu menahu pasal Undang-Undang Kerajaan Negeri Sarawak, Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin nekad mahu menyaman Kerajaan Negeri Sarawak.

Ini susulan daripada beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada Ahad lalu ketika hendak menyertai ceramah politik Anwar Ibrahim di Kota Samarahan, Sarawak.

Penahanan Zuraida itu merupakan yang kedua dalam tempoh 8 bulan dengan kali pertama pada bulan Mac lalu ketika PRK Balingian.

Ekoran desakan banyak pihak dan ditambah dengan kemaluan yang dihidapinya selepas berita dirinya sekali lagi ditahan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak di media sosial.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak kerana menghalangnya masuk ke negeri itu tanpa sebab.

Ahli Parlimen Ampang yang dipetik dari sebuah portal sebagai berkata, sebagai ahli politik dan ahli Parlimen, beliau sepatutnya diberi kebebasan untuk pergi ke mana saja kecuali sekiranya saya ada kes jenayah.

“Apa yang mereka takutkan?."

Tanya Zuraidah yang nyata kecewa dengan halangan tersebut menambah ini adalah kali kedua dia dihalang masuk di mana kali pertama adalah ketika pilihan raya kecil pada Mac tahun ini.

“Tetapi, saya tidak menghadapi masalah ketika ke Kuching, sebulan selepas itu.”

Menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membingungkan, Zuraidah berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pengumuman senarai nama individu yang tidak dibenarkan masuk supaya mereka tidak terpaksa menghadapi kesusahan untuk menguruskan perjalanan kemudian diberitahu bahawa mereka dilarang masuk.

“Saya tidak dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi semalam apabila mereka memberitahu sistem komputer tergendala dan biasanya saya akan menggunakan kad Ahli Parlimen untuk masuk.”

“Apabila saya meminta mereka memerika menggunakan komputer yang lain, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai di dalam sistem,” kata Zuraidah.

Beliau mendakwa dirinya kemudian diberitahu bahawa disebabkan oleh “arahan” dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa sebab dinyatakan.

“Saya sepatutnya hadir dalam satu majlis politik dan terpaksa mengambil penerbangan pulang pada jam 8.30 malam.”

Peguamnya kini menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri kerana melarang Zuraida masuk ke Sarawak secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, sebelum ini Anwar Ibrahim telah mendesak Ketua Menteri Sarawak tidak menggunapakai Akta Imigresen ke atas pemimpin pembangkang yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Begitupun, Anwar Ibrahim sedar bahawa Kerajaan Negeri Sarawak berhak menggunakan Akta Imigresen seperti mana yang diperuntukan dalam Perlembagaan.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 2, 2014 at 2:58 PM

...



Cara menukar blogspot.com kepada domain.com
http://domain.blogspot.com >> http://www.domain.com
• Hanya RM30 Setahun..
• Boleh edit terus dari blogspot tanpa menukar atau berubah apa pun..

http://www.netkl.com
http://www.netkl.com
http://www.netkl.com

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger