KERAJAAN WUJUDKAN JAWATANKUASA BAGI ATASI PENDATANG TANPA IZIN DI SABAH


Kerajaan telah mengambil ketetapan dengan mewujudkan lima terma rujukan (TOR) seperti mana yang dicadangkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing Sabah.

Lima terma rujukan (TOR) ditetapkan untuk Jawatankuasa Kerja, manakala tiga TOR untuk Jawatankuasa Tetap Pendatang Asing Sabah sebagai panduan bidang tugas kedua-dua jawatankuasa itu.

Lima TOR Jawatankuasa Kerja dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ialah meneliti dapatan dan isu RCI untuk penambahbaikan isu pendatang asing, meneliti maklumbalas dan aduan orang ramai, mengkaji pelaksanaan pengurusan pendatang, mengemukakan syor mengenai kedudukan pendatang asing dan menyediakan pelan tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagi Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikannya bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, TOR yang diguna pakai ialah meneliti semula syor dikemukakan Jawatankuasa Kerja, memperakukan syor untuk dipertimbang Kabinet negeri dan Persekutuan dan memantau pelaksanaan keputusan Kabinet mengenai pendatang asing di Sabah.

Beliau menyatakan perkara itu kepada media selepas meninjau Pusat Tahanan Sementara Papar di Kimanis.

Kerajaan menepis tanggapan pembangkang yang selama ini menganggap laporan RCI Sabah tidak memberi jawapan kepada persoalan kedatangan pendatang asing di Sabah.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger