KERAJAAN TUNAI JANJI BENTANG LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) PENDATANG ASING DI SABAH PETANG INI


Tiada apa yang perlu disorokkan kerajaan terhadap isu kehadiran pendatang asing yang ramai di Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah dibentangkan di Parlimen petang ini.

Bagi pembangkang mereka amat menantikan keputusan RCI Pendatang Asing Sabah itu yang disifatkan mereka sebagai kegagalan kerajaan dalam mengawal kehadiran pendatang asing selain mengaitkannya dengan politik.

Sebagai sebuah kerajaan yang diberikan kepercayaan oleh rakyat dalam mentadbir Malaysia, kerajaan BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sentiasa mendukung prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Atas dasar ini RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat dan membongkar segala macam kesalahan yang berlaku mengenai pendatang asing di Sabah. Malah, keanggotaan RCI ini dilantik dan diperkenankan oleh DYMM Agong berdasarkan kepada kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka.

Laporan tersebut dimulakan pada 21 Ogos 2012 dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.

Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.

Sememangnya, beberapa penjawat awam yang sebelum ini telah didapati bersalah kerana bersekongkol dan terlibat sama dalam kes pendatang asing di Sabah telah dikenakan hukuman setimpal tanpa memilih warna kulit dan pangkat.

Prinsipnya, yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan sendiri.

Ini bukan isu hanya melibatkan Sabah sebaliknya ia juga telah diklasifikasikan sebagai isu nasional yang melibatkan kepentingan negara.


Justeru, apa sahaja keputusan RCI Pendatang Asing Sabah ini yang akan dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di Kota Kinabalu harus diterima rakyat terutama pemimpin pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan fakta.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger