KENAPA BENARKAN KARTUNIS ZUNAR MEMASUKI UNIMAS?


Minggu lepas selesai sudah Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS. Dan, pada minggu itu juga terlepasnya seorang perancang Gerak Saraf Pakatan Rakyat yang juga kartunis Malaysiakini, Zunar di UNIMAS.

Apakah perkaitan Zunar dan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS? Inilah persoalan yang bermain di fikiran ramai pelajar UNIMAS dan pemerhati politik Sarawak?

Namun, hanya pihak pentadbir UNIMAS sahaja yang boleh memberikan jawapannya.

Selain melawat, Zunar dikatakan memberikan kuliah kepada pelajar tahun 3 bagi jurusan Politik dan Pemerintahan. Secara jelas, apakah kriteria dan mengapa pihak pentadbir UNIMAS atau Fakulti Sains Sosial membenarkan kartunis Pakatan Rakyat itu mengajar pelajar UNIMAS?

Jika Zunar mengatakan beliau tidak mengajar politik, tetapi apakah pentadbir UNIMAS tidak tahu bahawa mengajar Demokrasi dan Sosial juga boleh mengaitkannya dengan politik?

Apa pun difahamkan pemimpin di Putrajaya sudahpun mengetahuinya tetapi hanyalah melenting. Itu sahaja yang termampu mereka lakukan.

Ternyata, Pakatan Rakyat sudah mula memasuki kampus UNIMAS dengan bahang Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi. 

Harus diingat, sebelum kedatangan Zunar di UNIMAS, Anwar Ibrahim telahpun bertemu dan memberikan rempah ratus kepada pelajar UNIMAS dalam lawatannya hujung bulan lepas bertemakan Rakyat Hakim Negara.

Kehadiran pelajar UNIMAS ketika itu sangat menggalakkan dan memberikan semangat kepada pemimpin Pakatan Pembangkang untuk terus mendekati pelajar UNIMAS dan pelajar IPT lain di Sarawak.

Apa pula kata menteri mentor UNIMAS yang juga Ketua Pemuda BN Sarawak merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia?


Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
December 14, 2014 at 7:09 PM

Unimas sarang pembangkang terutama org dari semenanjung. .lihat siapa yg berdemo di bulatan samarahan..anak semenanjung!!

Anonymous
December 15, 2014 at 12:50 AM

salah ke menyokong pembangkang? hanya disebabkan unimas itu iptA, maka semua di dalam unimas kena sokong kerajaan. macam itu ke?

Anonymous
December 15, 2014 at 8:02 AM

Kalau pelajar2 universiti kasi ucapan di Perhimpunan Agung Setan, eh, Umno...boleh pula???

Anonymous
December 15, 2014 at 8:57 AM

kalau takut sgt dengan parti lawan baik tak payah tubuhkan negara demokrasi..

Anonymous
December 15, 2014 at 8:58 AM

Rakyat Hakim Negara buat di kawasan luar unimas.kalau bimbang PKR masuk,guna kuasa imigrensi sarawak untuk halang mereka masuk,tak payah lah sendiri benar mereka masuk,sendiri risau mereka di sini.tengok tajuknya betul betul,pergi tanya lah pelajar apa kandungan?ada brainwash ke x baru cakap macam ni

December 15, 2014 at 11:28 AM

sarawak dihina dianaktirikan masih nak sokong kerajaan.lepas tu salahkan org semenanjung. x da otak!

Anonymous
December 15, 2014 at 6:59 PM

ak alumni UNIMAS...dari Fakulti Sains Sosial dan aku bangga dengan UNIMAS pabila universiti tidak meletakkan sekatan terhadap ilmu yg boleh dicari

Anonymous
December 15, 2014 at 9:32 PM

kalau dinamakan demokrasi apa semuanya boleh ke?

Anonymous
December 16, 2014 at 10:51 AM

anon 12.50,sokong pembangkang salah /morally wrong.IPTA/UNIMAS adalah institusi yg dibina kerajaan BN.Maka tak manis pelajarnya memnyokong pembangkang jika mereka masih belajar di UNIMAS.Dah keluar kelak awak nak sokng siapa saja itu pilihan awak.Faham.U ada moral obligation terhadap kerajaan yg membiayai kemudahan tempat awak menimba ilmu.Faham.

Anonymous
December 16, 2014 at 11:49 AM

Pelajar/pemuda sekarang ni banyak yang x guna akal yg waras. x boleh dijadikan harapan bangsa seperti zaman dahulu. Suka sokong benda2 negatif. Usaha untuk belajar yang baik dan betul teramat sikit sekali.Sopan santun x ada. Bersyukur x ada. Membaca malas hanya rajin main facebook je. Cuba korang fikir masuknya anda ke UNIMAS tu semua atas usaha kerajaan kerana kerajaan yang bina UNIMAS. Pembangkang cuma nak fitnah dan timbulkan huruhara saja kerana nak perintah. Jika negara ni huruhara puas ke hati kau? Senang ke kau nak kerja, hidup bahagia and so on ...Ketahuilah menghancurkan tu lebih mudah dari membina semula. Atau sukakah anda dijajah oleh kuasa asing?

Anonymous
December 17, 2014 at 4:35 PM

Duit kerajaan itu duit rakyat. Adakah semua ahli politik BN itu malaikat ? Rakyat berhak untuk mengetahui two sides of the story.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger