KARTUNIS ZUNAR MASUK KE UNIMAS ATAS JEMPUTAN DR ANDREW AERIA DAN DR FAISAL S. HAZIS


Kehadiran Kartunis Zunar yang juga salah seorang jentera Pakatan Pembangkang di UNIMAS tidak diketahui pihak pentadbir UNIMAS terutama Naib Canselor?

Malah, dikatakan kehadiran jentera Pakatan Rakyat itu didalangi atas jemputan Prof Madya Andrew Aeria dan Dr Faisal Syam Hazis.

Apakah UNIMAS kini sudah mula ada bibit-bibit haluan kiri menjelang PRN Sarawak akan datang serta PRU-14?

Nampaknya pensyarah UNIMAS ini sudah mula tunjuk belang atas prinsip kebebasan dan keperluan akademik.

Andrew Aeria bukan orang tempatan dan merupakan orang kuat PKR, dan telah lama berkhidmat di UNIMAS dan mengajar di Fakulti Sains Sosial dalam bidang Politik dan Pemerintahan.

Begitu juga dengan Faisal Syam yang juga mengajar di fakulti yang sama dalam bidang Politik dan Pemerintahan.

Haluan kiri UNIMAS telah diperkuatkan oleh kehadiran salah seorang graduan UNIMAS yang juga Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching yang juga Pengerusi DAP Sarawak.

Maka, atas sebab itu arah tujuan haluan kiri semakin ketara dan jelas.

Kehadiran kartunis Zunar yang dijemput oleh kedua-dua pensyarah tersebut baru-baru ini seolah-olah mengesahkan bahawa pendidikan ke arah membangkang kerajaan telah  mula disebar dalam komuniti pelajar UNIMAS khasnya dalam Fakulti Sains Sosial.


Peruntukan jutaan ringgit oleh kerajaan untuk pembangunan serta penyelenggaraan UNIMAS dan ratusan ribu untuk pembiayaan biasiswa pelajar nampaknya diambil kesempatan oleh pensyarah tersebut untuk mendidik minda pelajar agar menentang kerajaan apabila tamat pengajian. 

Adakah benar seramai 16,000 pelajar UNIMAS sekarang bakal berhadapan dengan sebaran dakyah politik pembangkang?

Dengan terkesannya ramai pelajar UNIMAS yang hadir ke ceramah Anwar Ibrahim di Kota Samarahan beberapa minggu lepas juga menguatkan faktor bahawa telah wujud gelombang politik pakatan rakyat dalam UNIMAS.

Apakah pihak pentadbiran UNIMAS hanya akan tutup mata sahaja akan perkara ini? Apakah bila virus ini dudah semakin parah baharulah ada pihak yang berbunyi kononnya mahu menjadi hero tapi malangnya sudah terlambat.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
December 15, 2014 at 2:53 PM

Kenapa tak boleh jemput? Academic is universal and anyone can come to university to deliver important knowledge. Takkan nak jemput dari pihak sebelah kanan saja. And one more thing, you know nothing about my lectures. Please don't judge.

December 15, 2014 at 7:33 PM

.."sebelah kanan .."? Bunyi macam pandangan komunis zaman ChinPeng.Bukankah pd zaman tu siapa yg berhaluan "kiri" adalah komunis?

Tak salah nak jemput siapa pun.Tetapi kenapa jemput "tali barut" PAS yg terang2 pembangkang yg tidak menghalalkan apa saja yg dibuat kerajaan BN.Alang2 jemput juga LGE.

Kalau setakat nak mempelajari " politics" yg pelbagai atau "universal" apa kepakaran Zunar?

"Academic is universal.." Tak cukupkah yg disampaikan oleh pensyarah2 sdr? Tak cukupkah ilmu drp internet? Kalau nak jemput pilihlah ahli dlm bidang itu.Berlambak2 pakar kita.Zunar juga jadi pilihan.

Anonymous
December 16, 2014 at 10:57 AM

Tukarkan saja kedua-dua Pensyarah ini ke lain tempat di Peninsular dan berasingan universiti..

Anonymous
December 16, 2014 at 1:59 PM

so there is no freedom for voice our rights in Malaysia right...but Malaysia is a democracy country...i dont know why the issue of Zunar come and give talk becoming a serious issue now even he just a cartoonist....as u tell academic is universal...its good if a student get more knowledge from different sources...as i know there is no limit for knowledge...its not enough for a student to get knowledge from lecturer and internet ok...its Zunar freedom to give his opinion through cartoon and its also our freedom whether want to accept it or not...if this such small issue becomes a very big issue, its means there is no freedom in our country to voice our rights.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger