ISU KALIMAH ALLAH: AZMIN ALI SOKONG ANWAR IBRAHIM DALAM PERTAHANKAN KENYATAAN LIM GUAN ENG


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kalimah Allah boleh digunakan oleh semua kaum kerana itu adalah pendirian rasmi Pakatan Rakyat (PR).

Azmin berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju bahawa tiada sekatan untuk bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

“Ini adalah pendirian PR. Presiden PAS sendiri pun pernah kata, sepatutnya tiada sekatan yang perlu dibuat ke atas bukan Islam untuk menggunakan kalimah ALLAH,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Cek Saguhati kepada Pembeli Projek Terbengkalai Taman Bukit Impian (U10), di Hotel de Palma.

Kelmarin, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan Guan Eng dan mendakwa bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang.

Anwar dilaporkan sebagai berkata, sarjana terkemuka Islam, termasuk Dr Sheikh Yusof Qardawi sudah menyatakan keterbukaan mereka terhadap penggunaan kalimah itu di kalangan bukan Islam.

Sementara itu Azmin berkata, apa yang Guan Eng kata itu benar dan ia selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Majlis Pimpinan PR.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa ketetapan sedemikian tidak diguna pakai di Selangor, sebagaimana yang dilakukan Guan Eng di Pulau Pinang.

Dalam konteks ini jelas bahawa umat Islam di Malaysia terutama pemimpin dan penyokong PR lebih mengambil kira keputusan kepimpinan PR dalam isu-isu melibatkan Islam berbanding mengambil kira pendekatan Mufti Malaysia yang terdiri daripada golongan bijak pandai agama Islam di Malaysia.


Jelas, sekarang ini suara-suara pemimpin PR seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Lim Guan Eng menjadi rujukan yang secara jelas telah mempolitikan agama di Malaysia. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 25, 2014 at 12:01 PM

Hakikatnya kalimah ALLAH adalah milik Islam. Dalam Bible x sebut pun. Budaya bukan Islam sebut kalimah ALLAH pun x de. Lagipun ketua Agama Islam PP bukannya MB tetapi Yang Dipertuan Agung. Justeru keputusan 3 stuges ini x sepatutnya dijadikan sandaran atau rujukan kerana mereka x de kuasa nak buat keputusan sebegitu. Perkataan god dalam Bahasa Melayu ialah tuhan bukan ALLAH. Kenapa sengaja buat2 x faham?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger