INILAH KENYATAAN ANWAR IBRAHIM KEPADA #RCISABAH


Ketua Pembangkang merupakan salah seorang daripada saksi yang telah dipanggil bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya DiRaja Siasatan Pendatang Asing Di Sabah atas kapasitinya yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Buku Laporan Suruhanjaya DiRaja Siasatan (RCI) Pendatang Asing Di Sabah telah memuatkan kenyataan saksi di dalam bentuk ringkasan keterangan. 

Di dalam buku laporan tersebut, terdapat 211 saksi telah diambil keterangan termasuk kenyatan Ketua Pembangkang dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah diberi kod W210 pada muka surat 41 dan 42.

Berikut adalah ringkasan keterangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim  yang dipetik secara terus tanpa sebarang ubahsuai.

“Beliau ialah pemimpin pembangkang di Parlimen. Beliau menyatakan bahawa meskipun beliau merupakan ahli Kabinet Persekutuan dari 1983 hingga 1996, beliau tidak pernah dijemput untuk menghadiri apa-apa Mesyuarat Keselamatan negara yang dipengerusikan oleh Perdana menteri, Dr. Mahathir. Beliau seterusnya menyatakan bahawa perkara Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak pernah dibincangkan. Beliau berkata yang beliau pernah mendengar mengenai Pasukan Petugas Khas tetapi tidak apa yang dipanggil “Projek IC”. Menurut beliau, walaupun selaku pemangku Perdana Menteri, beliau tidak diberikan sebarang taklimat oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa polisi berhubung dengan pengeluaran Kad Pengenalan kepada warga asing ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan MKN dan perkara ini tidak pernah dibentangkan di Kabinet Persekutuan.”

Secara jelas, kenyataan Anwar Ibrahim di hadapan panel RCI Sabah tidak ada menyebut mengenai Projek IC yang diuar-uarkan pembangkang.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger