FAHMI ZAINOL CUBA AJAK PELAJAR LAIN BUAT KECOH DI UNIVERSITI MALAYA


Hukuman yang dikenakan ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol yang digantung pengajian dua semester sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya malah memberi tekanan kepada pentadbir Univeriti Malaya.

Malah, ada yang menganggap hukuman ke atas Fahmi tidak setimpal dengan perbuatannya yang telah memalukan seluruh pelajar UM.

Akibatnya, beberapa pelajar UM dilihat mula 'berkhemah' di kampus itu sejak petang tadi bagi menunjukkan perasaan tidak setuju mereka terhadap hukuman yang diberi kepada lapan pelajar yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram pada Oktober lepas.

Selain penggantungan, Fahmi juga dikenakan denda sebanyak RM600.00 bagi empat pertuduhan ke atasnya.

"Kawan-kawan Universiti Malaya sedang "occupy" kawasan hadapan Universiti Malaya, menuntut supaya hukuman kepada mahasiswa UM digugurkan. Semua masyarakat turut dijemput memenuhi kawasan hadapan UM," Fahmi menulis di halaman Facebooknya.

Selain Fahmi, UM turut menjatuhkan 7 lagi pelajar yang turut sama terlibat dalam penganjuran pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" Oktober lalu, bersalah, dan telah memberi amaran keras serta mengenakan hukuman menggantung pengajian dan denda ke atas mereka.

Antara pelajar yang digantung pengajian selama dua semester termasuk Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin yang dikenakan denda RM300 bagi dua pertuduhan.

Fahmi sebelum itu dikenakan sembilan pertuduhan termasuk menganjurkan perhimpunan haram, menghadiri perhimpunan haram dan mengingkari arahan universiti.


UM, di dalam satu kenyataan rasmi, menyatakan bahawa keputusan terhadap pelajar-pelajar itu adalah menurut pertuduhan mengikut Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
December 11, 2014 at 1:47 PM

Apa ni??? RM600 la, RM300 la......Hukuman jenis apa ni? Duit upah dia dari DAP dan PKR je dah beribu2 ringgit untuk membuat sial.
Setakat RM600, si pukimak tu tak hairan la. Campak je dia keluar dari UM. Dia ingat UM dan Malaysia ni BAPAK dia punya? Anwar punya?
Ada 30 juta rakyat di Malaysia dan kami tak suka sikap kurang ajar dan biadap anwar dan pengikut2 dan anjing2 beliau!

Anonymous
December 11, 2014 at 2:03 PM

Setuju! Kalau nak belajar buat cara nak belajar..Kalau nak meyial macam Anwar Ibrahim ikut je bontot dia join UNISEL...duduk situ jangan kacau U lain...ptuiii!

Anonymous
December 11, 2014 at 3:24 PM

Korang jangan ganggu bee end berlakon.... Kat negara luar mengaku negara bebas... Dalam negara nak bangkang kerajaan kena tindakan.....

Lagi2 kalau negeri2 miskin dalam negara. X usah angan2 nak bagi teguran kepada pemimpin ...

Anonymous
December 11, 2014 at 3:57 PM

Sekarang isu nya nak bangkang kerajaan atau tak menyembah batang bengkok si anuwar tu???
Kalau nak menipu nak "memperjuangkan" demokrasi pun, tak payah lah nak mendewa2 kan si anuwar tu.
Kalau dalam negara ni tak boleh membangkang, apa kejadah cerita kat Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Lain kali nak spin cerita, jangan la ikut cara anuwar dan si fahmi bodoh tu bulat2.....Malu ah.....

Anonymous
December 11, 2014 at 5:19 PM

la ni bagi si fahmi ni jadi naib canselor um. dia kan bijak pandai, otak dia kan terbuka. tak habis belajar pun dah bijak, inikan pula kalau dah habis. la tu juga dia boleh jadi pm.

Anonymous
December 11, 2014 at 9:02 PM

Fahmi jadikan idola bang non sebagai pemimpin yg berasal dari UM......klas 3 general degree dlm jurusan yg sama denganya...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger