FAHMI DAKWA UNIVERSITI MALAYA KEJAM

Jika sebelum ini Fahmi, pelajar yang menjadi dalang kepada pencerobohan Universiti Malaya oleh Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya mengejek pihak pentadbir Universiti Malaya kerana tidak menjatuhkan hukuman kepadanya sebaik beliau dan beberapa rakannya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung insiden hitam bulan lepas.

Dan, apabila UM menghukum dan menjatuhkan hukuman kepadanya, lain pula kata-katanya yang sedikit sebanyak menunding jari kepada UM.

Fahmi juga berkata universiti tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan ibu bapanya yang menanti anak bergraduasi.

"Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," soalnya lagi.

Beliau juga masih berasa tidak bersalah kerana hanya mahu bersuara, ditambah lagi prestasinya dalam pelajaran bukan di tempat yang corot.

"Adakah saya bersalah jika saya inginkan universiti berjalan dengan sepatutnya? Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul,” kata Fahmi.

Pelajar jurusan pentadbiran itu bagaimanapun berkata hukuman itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus terlibat dalam aktivisme mahasiswa tanah air.

"Malah terima kasih kepada pihak yang menghukum kami kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berpencak lebih lama lagi dalam dunia mahasiswa," sindirnya.

Jika dahulu Fahmi berkata demikian dan bersikap tidak membuta tuli dalam penglibatannya pasti keadaan sebegini tidak berlaku.

Namun, semuanya nasi sudah menjadi bubur.

Selamat bercuti dan menjalani penggantungan Fahmi.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
December 11, 2014 at 12:05 AM

Lu bikin UM huruhara. Lu memang terbaik bro. Terbaik bodoh dan bangang. Menyusahkan orang je.

Anonymous
December 11, 2014 at 12:46 AM

Dia bukan tercorot tapi dah terjerut...... Tula ikut lagi nuar aljubori.......

Anonymous
December 11, 2014 at 12:54 AM

Gaya bahasa tulisan awak tidak mencerminkan awak seorang terpelajar. Begitulah kesan apabila awak banyak terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah. lebih baik awak gunakan masa belajar bahasa supaya bahasa awak indah seperti bahasa figura idola anda.

Anonymous
December 16, 2014 at 1:07 AM

Muda sebegini sudah menunjuk belang dan belalai. Anda belum cukup umur, cukup ilmu, cukup pengalaman dan cukup keperitan lagi untuk nak tunjuk pandai. Anda nak jadi macam Hishamuddin Rais, ke sana, ke mari tanpa tujuan dan pegangan kekal. Kalau masa muda memang semua tak nampak. Tunggu anda 40 nanti, anda akan rasa begitu terbuang masa muda anda. Masa itu tiada lagi masa itu emas kerana emas dah mengalir jauh dan masa dah berlalu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger