DEWI LIANA BANGGAKAN SARAWAK DI MATA DUNIA


Miss Malaysia World 2014 Dewi Liana Seriestha telah menjadi warganegara Malaysia yang pertama memenangi gelaran ‘Miss Talent’ pada pertandingan akhir Miss World 2014 yang diadakan di London, Ahad lepas.

Anak tempatan Sarawak berumur 25 tahun itu memikat hati juri dan penonton di Auditorium Excel London ICC bersama ribuan penonton yang tidak melepaskan peluang menonton di kaca televisyen.

Dewi menampilkan persembahan vokal yang mantap selain Miss Scotland, Ellie McKeating yang membuat persembahan menonjolkan vokal ‘gaelic’ tradisional negaranya.

Anak Sarawak itu bagaimanapun mempersembahkan lagu klasik opera bertajuk ‘Don Juan Triumphant’ yang dipetik daripada album ‘The Phantom of the Opera’.

“Saya memilih untuk menyanyikan lagu itu kerana ia menunjukkan bakat tersendiri yang saya miliki.

“Pada masa yang sama, ia juga bagaimana cara saya tunjukkan betapa saya mencintainya muzik klasik dan apa yang telah saya pelajari di kelas vokal sebelum ini.

“Miss Scotland merupakan pesaing yang tidak kurang hebatnya dan ia merupakan saat paling sukar buat juri untuk membuat keputusan.

“Namun nampaknya nasib menyebelahi saya dan amat berterima kasih kerana dapat memenangi gelaran ini untuk Malaysia,” katanya dengan nada gembira.


Tambahnya, pengalaman dan persembahan di pentas dunia itu merupakan kenangan yang amat berharga buat dirinya.

“Saya telah mencuba sebaik mungkin, tetapi memang saya amat gembira.

“Tuhan berikan saya sebab untuk memenangi gelaran ini untuk menjadikan ia inspirasi kepada yang lain yang mempunyai bakat dalam bidang muzik,” yang juga merupakan antara 25 peserta pertandingan akhir.

Gelaran Miss World 2014 dimahkotakan kepada Miss South Africa Rolene Strauss, berumur 22 dan juga seorang siswi perubatan tahun keempat oleh Miss World 2013 Megan Young dari Filipina.

Disusuli Miss Hungary Edina Kulscar, sementara Miss United States Elizabeth Safrit berada di tempat ketiga pada pertandingan ratu cantik kali ke-64 itu.

Sepuluh finalis teratas adalah Miss Australia Courtney Thorpe, Miss England Carina Tyrrell, Miss Guyana Rafieya Husain, Miss Mexico Daniela Alvarez Reyes, Miss Brazil Julia Gama, Miss Kenya Idah Nguma dan Miss India Koyal Rana.

Terima kasih Dewi kerana berjaya mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di mata dunia.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 16, 2014 at 12:39 PM

1.Bakat begini tak banyak...

2.Tapi bakat rasuah dan memperkayakan kroni paling banyak kat sini...

Bakat no.2 tu pun banyak menaikkan nama negara di mata dunia... hampeh

Anonymous
December 16, 2014 at 1:11 PM

Ingat rasuah berlaku di Malaysia kerana wujud pemberi rasuah yg. ramainya dari kaum? Ya anda betul meneka.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger