BANDARAYA KUCHING DAN MIRI BERDEMO ANGKARA NGO GASAK

Ratusan orang yang terdiri daripada mereka yang tidak tahu-menahu apa sebab mereka dibawa ke Bandaraya Kuching bagu menghadiri Perhimpunan "Hari Hak Asasi Manusia" yang telah di adakan di Padang Merdeka, Kuching hari ini.

Difahamkan, perhimpunan yang bertemakan "Setiap Insan DiLahirkan Merdeka" telah di anjurkan oleh sekurang-kurangnya empat NGO yang diketuai NGO GASAK, Peter John Jamban dan kelihatan Setiausaha SAPA, Lina Soo.

Kebanyakan peserta yang hadir dan mengikuti perhimpunan berkenaan hanya lebih bersifat ingin memberi kesedaran kepada anak jati Sarawak mengenai hak asasi manusia.

Beberapa orang aktivis tempatan juga telah memberi ceramah ringkas dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut telah mendapat permit polis dan polis juga mengenakan beberapa syarat tertentu yang perlu diikiti penganjur.

Peserta perhimpunan berarak sambil membawa kain rentang yang berkisar kepada hak kaum asal dan beberapa pemimpin NGO kelihatan berucap.

Selain Kuching, perhimpunan ini turut diadakan di Miri dalam keadaan aman dan terkawal.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger