BAGAIMANA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) PENDATANG ASING DI SABAH DIBENTUK?

Setiap daripada anggota panel dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah merupakan yang terbaik dan mempunyai pengalaman luas selain kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing.

Mereka ini juga telah mendapat perkenan DYMM Agong sebagai satu syarat RCI ini ditubuhkan bagi menyelesaikan isu nasional yang mempunyai kepentingan negara.

RCI Pendatang Asing Di Sabah ini diketuai dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim sejak 21 Ogos 2012. Manakala, setiausaha disandang Datuk Saripudin Kasim (Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Malaysia).

Ahli-ahli panel yang lain terdiri daripada:
Pesuruhjaya – Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon (Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah)
Pesuruhjaya – Tan Sri Datuk Seri Panglima Herman Luping (Bekas Ketua Peguam Negeri Sabah)
Pesuruhjaya – Datuk KY Mustafa (Bekas Setiausaha Negeri Sabah)
Pesuruhjaya – Datuk Henry Poy Wu (Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

Lantikan Yang Dipertuan Agong ini seharusnya tidak perlu dipertikaikan kerana mereka mempunyai latar belakang profesional yang diiktiraf di dalam bidang masing-masing. Ahli Suruhanjaya DiRaja ini juga mempunyai ahli yang berpengalaman luas di dalam perundangan, akademik, pentadbiran awam, ekonomi dan juga pencegahan jenayah.

Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.

Dalam kenyataannya, Manoj berkata, para pegawai pengendali perlu mengemukakan bukti daripada perspektif sejarah daripada saksi yang memiliki kepakaran dalam bidang sejarah dan antropologi.

Tambahnya, saksi-saksi daripada pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Statistik, dan Pejabat Ketua Menteri Sabah turut dipanggil bagi memberikan keterangan.

Bukti juga dikumpulkan daripada individu-individu dari beberapa negara seperti Filipina, India, Pakistan dan Indonesia, yang memiliki pelbagai jenis dokumen pengenalan diri seperti 1MM-13, permit kemasukan, dan kad pengenalan diri hijau dan biru.

Sepanjang prosiding yang berakhir pada 2013, suruhanjaya berkenaan telah memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said juga menafikan penglibatannya mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing seperti yang didakwa.

Prosiding tersebut turut mengetengahkan testimoni daripada warga Filipina dan beberapa imigran lain, tentang pemilikan kad pengenalan diri dan juga keterlibatan dalam proses mengundi sewaktu pilihan raya.


Laporan suruhanjaya itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei tahun ini.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 4, 2014 at 10:50 AM

Sekiranya ada keberangkalian penglibatan pihak atasan pemerintah atau ketua2 jabatan,minta RCI membawa mereka2 ini kemuka pengadilan,siasat sehingga akar umbi,penafian tidak bermakna tidak melakukan,itu alasan yang biasa digunakan pesalah,gunakan kuasa yang diberi,jika ada suspek biar polis dapatkan maklumat,sebab polis malaysia ada caranya kami mahu KEADILAN SAKSAMA,klau ikan bilis kena biar jerung pun kena

Anonymous
December 10, 2014 at 7:16 PM

ya, benar ada sindiket 'bisnes' kad pengenalan sabah, ada sindiket pemalsuan IC, ada sindiket IC tulen atau palsu , sehingga dengan itu lahirlah generasi warganegara haram di sabah, jumlah mereka tidak diketahui secara pasti,
angka yg diberikan oleh jabatan pendaftaran kepada RCI adalah angka yang sah, bagaimana dengan angka tak sah diluar sana ?

dan bagaimana kerajaan , PDRM khususnya tidak mampu menghidu dan menangkap , membanteras individu2 sindiket ini ?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger