ANWAR IBRAHIM SUDAH TIDAK LAGI PENTING DALAM POLITIK TANAHAIR


'Anwar sudah tidak penting lagi', demikian reaksi Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan ketika ditanya soal keperluan PKR mencari pengganti Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kepimpinan baru yang muncul dalam ketiga-tiga parti komponen PR boleh memastikan gabungan itu terus maju ke depan.

"Tak perlu (cari pengganti). Anwar tidak penting. Anwar 'is no longer important'. Suatu ketika Anwar itu penting...semacam pengikat. Tapi saya rasa sekarang ini Anwar tak penting.

Menurutnya, kepimpinan yang sudah senja termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal pupus.

"Kita akan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin baru akan muncul daripada PKR, PAS dan DAP.

"Sekarang ini orang tua sudah tidak begitu penting. Kalau dalam bahasa lain, dah masuk zaman 'twilight'...dah nak pupus dah," katanya.

Katanya, pemimpin-pemimpin muda seperti Zairil Khir Johari atau Gobind Singh Deo walaupun belum cukup mantap bakal memimpin parti itu pada masa akan datang.

"Yang penting Guan Eng dan sekutunya. Mungkin Zairil, Gobind.  Tapi Gobind belum mantap lagi. Daripada PAS, (pemimpin) yang Islam tapi orang yang boleh berunding, berpandangan jauh. Kalau nak pegang Putrajaya, kenalah berpandangan jauh. Tak boleh fokus pada Melayu saja.

Sumber: Sinar Harian 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger