ANWAR IBRAHIM RAYU ADENAN SATEM AGAR TAMATKAN PENGGUNAAN AKTA IMIGRESEN


Rombongan Anwar Ibrahim datang dan melawat Sarawak dicemari oleh pengharaman Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang.

Ini bukan pengalaman pertama buat Zuraida tetapi pernah dihadapinya pada kempen PRK Balingian penghujung Mac tahun ini.

Jika dahulu, beliau marah kerana Kerajaan Sarawak menggunakan Akta Imigresen ke atas mana-mana inidividu yang dikhuatiri menggugat keharmonian perpaduan kaum di Sarawak, tetapi kini beliau menghadapinya dengan penuh tabah.


Atas sebab itu, sebagai Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merayu kepada Ketua Menteri Sarawak agar menghentikan penggunaan Akta Imigresen bagi menyekat kemasukan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Ini lebih-lebih lagi menjelang PRN Sarawak yang pastinya kehadiran pemimpin politik pembangkang ke Sarawak akan lebih kerap dalam usaha menawan Sarawak.

"Saya rayu agar Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem agar mengkaji semula keputusan kerajaan negeri menghalang beberapa orang pemimpin pembangkang dan individu pro pembangkang dari memasuki negeri ini."

"Saya amat kesal dengan pendirian kerajaan negeri yang masih mengekang kemasukan ahli Parlimen dari PKR ke Sarawak walaupun kedatangan mereka bukan untuk mengundang ancaman keselamatan."

Mengakui yang kerajaan negeri Sarawak sememangnya mempunyai bidang kuasa untuk menjaga keselamatan negeri, Anwar berkata namun ianya sepatutnya bukan untuk disalahgunakan bagi mempertahankan kuasa.

"Saya menyeru Ketua Menteri agar mengkaji semula keputusan menghalang tokoh politik (PKR)," ujarnya lagi.

Setakat ini, individu yang dihalang dari memasuki Sarawak adalah Rafizi Ramli (PKR-Pandan), R. Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku, Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah serta Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Bahagian Sabah Jannie Lasimbang. 

Bagi kebanyakan rakyat di Sarawak, tindakan menghalang mana-mana individu yang tidak semestinya ahli politik yang bermasalah datang ke Sarawak dianggap suatu tindakan yang tepat pada jalannya.

Sepatutnya tindakan itu sudah lama dipraktikkan dalam menghalang pengaruh politik pembangkang yang ternyata menganggu-gugat perpaduan rakyat Sarawak yang hidup aman dalam pelbagai kaum.

Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk mempertahankan negerinya dan penggunaan Akta Imigresen adalah tepat bagi menjamin Sarawak bebas daripada anasir pemimpin pembangkang yang gelojoh berebut kuasa.

Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
December 1, 2014 at 2:03 PM

Cakap nak nak terus bersama dalam Malaysia... Tapi undang2 lain2... jangan ingat rakyat bangang macam blogger amanoo..

Berubahlah... Tinggalkan bee end. Mari jadikan Malaysia negara termaju di Asia.

Anonymous
December 1, 2014 at 3:16 PM

Jika PR dapat menguasai Sarawak, adakah undang-undang ini akan dihapuskan?

Sama sahaja PR yang menghalang akhbar pro kerajaan dari buat liputan di P.Pinang mahupun sidang akhbar PR. Jangan jadi bangang anon 2.03...

PR dan BN sama sahaja. Menjaga kepentingan masing-masing, bukan untuk rakyat sangat pun...

December 1, 2014 at 4:03 PM

Yang buat perlembagaan malaysia ni pun BN..jd macai PR kenalah ikut jugak walaupun PR yg dpt memerintah

Anonymous
December 1, 2014 at 6:41 PM

anon 3.16.

Jangan dibangangkan oleh npemimpin maupun blogger bee end..

Kalau Pakatan perintah... Confirm akan buat perubahan yang lebih baik untuk bertahan lama. Akta karut kena buang le beb...

Jangan percaya media sangat ... Ada orang media yg tunjuk samseng... Dah tentu kena halau.. pengalaman sendiri pernah kena belit...

bukit semangkoi
December 5, 2014 at 1:00 AM

Anon 6:41 kalau pr memerintah belum tentu ada yg baik dari sekarang.dah terbukti pun tempat yg dipetintah pr,terutama pkr dan dap.kow orang semua gila kuasa tengok apa yg berlaku di Selangor,perubahan apa yg ada.ada mb yg betul2 berkhidmat untuk rakyat kow rang ikut suka kow rang punya ketum je.Bagi saya rakyat yg tak berparti sungguh mual dan muak meihat drama kow rang lakunkan.terutama pkr dan dap.saya lebih suka kalau Pas yg nampak lebih jujur.

Anonymous
December 10, 2014 at 7:30 PM

kuasa dan hak imigresen sabah sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan , dipersetujui bersama ketika pembentukan Malaysia dahulu ,
sabah punya 20 perkara hak dan keistimewaan
sarawak ada 18 perkara hak dan keistimewaan

perkara ini bukan karut, bukan akta lapuk, bukan mengarut , jika tanpa persetujuan sabah dan sarawak dalam pembentukan 'malaysia' tidak akan ada nama negara 'Malaysia' , yg ada hanyalah persekutuan tanah melayu !

orang yang mengatakan ini akta lapuk dan mengarut adalah kerana otaknya sudah berkarat dan jahil serta tidak mahu mempelajari sesuatu .

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger