ANWAR IBRAHIM MENIPU RAKYAT PASAL #RCISABAH


Anwar Ibrahim sekali lagi telah melakukan pembohongan secara besar-besaran terhadap rakyat Sabah mengenai isu RCI Sabah. Beliau telah berkata kepada MalaysiaKini bahawa laporan tersebut adalah sandiwara BN untuk menyelamatkan parti dan juga pemimpinnya.

Beliau juga mempersoalkan kegagalan laporan ini untuk menyebut peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Pejabat Perdana Menteri di dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan UMNO-BN tidak akan mengaku salah dan menghasut bahawa laporan ini adalah untuk menutup kesalahan sahaja.

Namun apa yang gagal dinyatakan oleh Anwar adalah peranan beliau sewaktu disoal selidik oleh Suruhanjaya tersebut awal tahun ini. Mengapa sewaktu disoal siasat beliau tidak menyatakan bahawa memang benar terdapat satu gerakan oleh Tun Mahathir dan juga MKN yang dinamakan projek IC. Beliau juga berkata kepada suruhanjaya bahawa beliau tidak pernah dengar pun apa yang dikatakan ‘Projek IC’ tersebut.

Malah, beliau yang juga di dalam kerajaan bersama parti UMNO ketika itu sepatutnya mempunyai maklumat mengenai segala operasi kerajaan sekiranya ada. Beliau juga pernah memangku tugas Perdana Menteri ketika itu kerana Tun Mahathir ingin melatih beliau sebelum menjadi Perdana Menteri.

Namun, setelah laporan tersebut dibentangkan, ketika inilah beliau hendak mempersoalkan tentang integriti laporan yang disediakan bukan oleh kerajaan tetapi oleh ahli-ahli suruhanjaya yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agung. Setiausaha RCI, Datuk Saripudin turut memberikan jaminan bahawa tidak ada satu titik pun yang telah diubah oleh pihak kerajaan di dalam laporan tersebut.

Apabila Anwar menyerang laporan tersebut, Anwar juga sedang menyerang tokoh-tokoh yang menjadi ahli suruhanjaya tersebut yang kebanyakannya merupakan anak kelahiran Sabah dan  yang sudah tentunya dekat di hati rakyat Sabah.

Adakah Anwar hendak mempersoalkan kredibiliti dan juga integriti ahli Suruhanjaya DiRaja tersebut?

Sumber: KLXPress
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger