ANGKARA POLITIK JPAM JADI MANGSA FITNAH TERBARU PEMBANGKANG


Ketika mana mangsa banjir memerlukan bantuan, timbul berapa orang individu yang tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran berita palsu angkara mahu mencipta imej yang buruk terhadap agensi kerajaan.

Perbuatan ini bukan yang pertama dan SKMM telah mengeluarkan arahan akan melakukan pemantauan terhadap pemilik media sosial sama ada Facebook, Twitter, Blog mahupun aplikasi WhatApps.

Terbaru, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah difitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya agensi itu telah menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.

Akibatnya fitnah itu, Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Abdul Samad terpaksa membuat kenyataan akhbar bagi meredakan keadaan yang mana maklumat itu tidak benar.
 
"JPAM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyekat bekalan atau bantuan daripada mana-mana pihak.
  
"Malah kami (JPAM) sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang awam kerana ketika saat negara ditimpa bencana sebegini, keselamatan nyawa rakyat menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
  
Zaitun menjelaskan, selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, JPAM turut melakukan tugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara.
  
Di samping itu, katanya pihaknya juga melaksanakan tugas kemanusiaan seperti kes kecemasan, rawatan awal serta lain-lain perkhidmatan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam terus terpelihara.
  
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di enam negeri yang terjejas adalah 225,731 orang.

Sehubungan itu, pihak yang berwajib yang menyebarkan berita palsu itu segera memberhentikan tindakan memfitnah itu atau akan dikenakan tindakan tegas berikutan maklumat yang disebarkan itu tidak benar.


Dalam keadaan yang genting ini, semua pihak digesa untuk melupakan perbezaan ideologi politik sebaliknya menumpukan kepada keperluan rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 29, 2014 at 3:31 PM

Harapnya pihak blogger dapat menghebahkan kepada semua NGO yang hendak beri bantuan supaya menyelaraskan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berkenaan melalui Setiausaha Keselamatan Daerah supaya tidak timbul kejadian seperti tahun lepas di mana ada kampung yang dapat bantuan sampai 4 ke 5 kali, tetapi ada kampung yang hanya dapat bantuan JKM sahaja hingga menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana menyangka bantuan NGO itu adalah bantuan dari kerajaan.

Semoga para NGO dapat memberikan kerjasama kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang hanya melihat orang lain saja dapat tapi dia tak dapat.

Ini bukanlah untuk pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana nak merampas bahan itu dari pihak NGO, tetapi untuk penyelarasan supaya tidak timbul isu rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang ketinggalan.

Ini disebabkan NGO tidak mempunyai maklumat kawasan mana yang dah dapat sampai dua tiga kali, dan kawasan mana yang tak dapat lagi, hanya dapat dari JKM sahaja.

Oleh itu, berilah kerjasama untuk memudahkan kerja. Sekian, terima kasih.

Anonymous
December 31, 2014 at 12:07 PM

Sebenarnya banyak benda yg berlaku dalam JPAM yg orang luar tak tau.Bab sekat bekalan tu mungkin tak betul tapi kes anggota jual ular pada individu yg jual kulit/daging ular , penggelapan duit oleh orang atasan ( buat latihan yg tak melibatkan banyak kos tetapi claim berpuluh ribu ringgit ) , anggota tidak mahir terutama dalam kes yg melibatkan kemalangan sehingga mangsa mati dan bermacam-macam lagi .

Mungkin dah sampai masa JPAM di siasat oleh SPRM .


( Bekas anggota JPAM )

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger