ALASAN KESIHATAN PUNCA ADUN PKR INANAM LETAK JAWATAN TIDAK MASUK AKAL


ADUN PKR DUN N13 INANAM, YB Dr Roland Chia telah meletak jawatan atas alasan kesihatan. 

Realitinya, Dr. Roland Chia masih muda dan sihat, doktor perubatan dan merupakan penyokong kuat kepada YB Azmin Ali. 

Dia buat pengumuman nak letak jawatan ADUN Inanam kerana kecewa walaupun beliau menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, permintaan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak kesampaian apabila Anwar Ibrahim telah melantik Lajim Ukin sebagai Ketua Perhubungan. 

Beliau juga melihat bahawa PKR Sabah semakin dipinggirkan oleh Anwar Ibrahim. 


Tindakan beliau mengumumkan akan meletak jawatan dipercayai kerana mengharapkan Azmin Ali sendiri akan melantik beliau sebagai "Board Director" #grp dalam syarikat milik Kerajaan Selangor. 

Tapi sehingga kini Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sendiri seolah-olah meminggirkan segala pengorbanan beliau dan sibuk memberi segala kemudahan kepada Lajim Ukin yang baru menyertai PKR apabila tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. 

Lajim Ukin juga menggunakan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah untuk terus mengumpul kekayaan melalui projek-projek di Selangor, P.Pinang dan Selangor. Inilah yang semakin menimbulkan kekecewaan kepada ADUN PKR ini.

CheGu Bard
Pengerusi SAMM

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 17, 2014 at 5:40 PM

Elok le tue.. Kasi panas balik politik dalam negeri. Manusia ni bila dah lama sikit mulalah lupa bagaimana mereka ditipu dan ditekan oleh pemerintah. Hasil negeri banyak.... Rakyat negeri tu dapat banyak ke???

Cakap pasal PATI memang x selesai..

50 tahun lagi nampaknya terus kena guna bot nak bergerak.. hu...hu...

Moga bertambah bilangan pembangkang yang bijak di sana....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger