PRESIDEN PMUM FAHMI ZAINOL YAKIN DIRINYA TIDAK BERSALAH DALAM PERHIMPUNAN HARAM DI DATARAN TUNKU CANSELOR UM


Bongkak dan angkuh. Itulah yang dapat digambarkan terhadap Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol yang yakin beliau tidak bersalah biarpun dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Universiti Malaya pada Jumaat ini jam 9.00 pagi.

Sikap lagak bodoh Fahmi itu disebabkan dirinya percaya Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat berada di belakangnya atas perjuangan yang sama iaitu menentang kerajaan Barisan Nasional.

Fahmi Zainol akan dibicarakan atas sembilan pertuduhan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Dataran Tunku Canselor 27 Oktober lalu.

Selain Fahmi, 8 pelajar lain akan juga dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Universiti Malaya (UM) dalam satu prosiding pagi esok.

“Saya akan menghadiri prosiding dihadapan Lembaga Tatatertib Universiti Malaya di Mahkamah Universiti Malaya bermula pukul 9.00 pagi esok.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata peguam luar tidak dibenarkan hadir dalam prosiding esok, justeru itu dia dan lapan rakan lain akan hadir dan memberi keterangan sementara pensyarah akan menjadi peguam bagi pihak mereka.

Jumaat lalu, Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader dilaporkan berkata, Fahmi antara sembilan yang didapati terlibat dengan perhimpunan haram yang diadakan di universiti berkenaan pada 27 Oktober lalu.

Izzad Zalman dipetik sebagai berkata pihak UM telah mengenal pasti Fahmi terlibat dalam perhimpunan tersebut melalui rakan kamera litar tertutup (CCTV).

Fahmi yang merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial bersama lapan mahasiswa yang lain akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti.

Sementara itu, Fahmi yang merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam berkata dia masih menerima biasiswanya seperti biasa tanpa sebarang tindakan lain daripada jabatan berkenaan.

Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terdiri daripada penyokong Anwar merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang ‘Program 40 Tahun Dari Universiti ke Penjara’, yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Program tersebut bagaimanapun tidak mendapat kebenaran daripada pihak UM dan berikutan itu pasukan keselamatan telah mengunci pintu pagar utama universiti berkenaan. 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 7, 2014 at 9:22 AM

Inilah kebodohan dan kebangangan mahasiswa dari UM yang bertingkat-tingkat.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger