PRESIDEN PMUM FAHMI ZAINOL DAN RAKAN DITAHAN POLIS DI KOTA KINABALU

Sepuluh mahasiswa termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini di tahan di balai polis Kota Kinabalu, Sabah, dipercayai kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk berpidato.

Menurut Fahmi, mereka ditahan ketika berpidato di Jalan Gaya mengenai salah guna kuasa pihak pengurusan Universiti Malaya dan pihak berkuasa ketika menganjurkan ceramah Anwar Ibrahim di Dataran Censelori UM secara rusuhan.

"Kami ditahan kira-kira jam 12.00 tengahari ketika kami sedang berpidato mengenai apa yang berlaku pada ceramah di UM.

"Ketika ini masih lagi berada di balai polis Kota Kinabalu menunggu untuk diambil keterangan," katanya ketika dihubungi.

Antara mahasiswa yang ditahan adalah dari UM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan Labuan.

Difahamkan kumpulan mahasiswa tersebut memberi penerangan kepada rakyat Sabah di Jalan Gaya sebelum meneruskan acara berpidato di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di mana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti "Jelajah Reformasi"

"Memang ia sebahagian daripada aktiviti kita di Sabah sebelum kita berpidato, kita beri penerangan kepada rakyat mengenai reformasi, kebebasan akademik dan pemansuhan akta hasutan," katanya.

Beliau berkata sambutan yang diberikan rakyat di Sabah ketika penerangan juga kurang menggalakkan.

‎Pemimpin pelajar tersebut mencetuskan kontroversi akibat tindakan beraninya meneruskan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaysia ke Penjara" meskipun mendapat bantahan daripada pengurusan universiti UM.

‎Beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang menghadapi tindakan tatatertib dari UM selain turut dikenakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.
Jumaat lepas, Fahmi menyertai rakan-rakannya berkumpul pula di UIA, Gombak bagi menyertai 'Jelajah Mahasiswa' di kampus itu dekat Gombak.

Keputusan UM yang masih belum mengenakan sebarang bentuk hukuman ke atas Fahmi dan mereka yang mencetuskan provokasi menyebabkan kumpulan pelajar yang pro-Anwar itu bebas mengadakan ceramah secara haram.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 9, 2014 at 9:40 PM

PADAN MUKA si MAHASEWEL/LONGKANG ni, yg. disyaki puak SODOM! Esok mungkin pakai baju PONDAN pula - maklumlah puak HOMO PONDAN dah berjaya KALAHkan dan MEMIJAK undg-undg SYARIAH dan NEGARA ISLAM kita ni akibat PENGKHIANATAN pemimpin Islam/Melayu-LIBERAl-amat BANGSAT!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
November 9, 2014 at 9:55 PM

Memang paling bangsat pemimpin kita yang menghapuskan ISA

Anonymous
November 9, 2014 at 11:02 PM

barani botol kau kamari aaaaa...
di tampat mu di malaya sana pun kau inda di suka org, kamari pula dia...
ku tabong tangah balakang mu karang..
aga ta kau molih ka malaya balik ... inda faida-faida karang kau kana daup...

Anonymous
November 9, 2014 at 11:06 PM

pencerahan komen di atas :
berani betul kau kemari aaaa...
di tempat mu di semenanjung pun kau tak di suka orang, kemari pula dia..
aku tabuh (pukul sekuat hati) kat belakang mu kang..
pergilah kau balik ke semenanjung, x ada faedah, kang kena penampar..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger