PERTELINGKAHAN DAP DAN PAS BERI KEUNTUNGAN KEPADA PKR UNTUK JADI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT


Pertelingkahan DAP dan PAS dijangka akan terus menghantui Pakatan Rakyat yang kini semakin retak apabila kepimpinan kedua-dua parti itu dilihat masih lagi terus berbalas kenyataan mengkritik dan ungkit mengungkit antara satu sama lain.

Terbaru, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke saling berbalas kenyataan berhubung ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang  dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat baru-baru ini.

Perkembangan terkini itu memperlihatkan PAS dan DAP ternyata sudah tidak lagi sehaluan apabila kedua-dua kepimpinan parti itu kini saling ungkit mengungkit dalam beberapa isu termasuk sikap dan pendirian parti masing-masing termasuk dalam isu kemelut MB Selangor baru-baru ini.

Persoalan sama ada PAS atau DAP yang akan keluar Pakatan Rakyat pastinya menarik untuk dilihat. Ini kerana kedua-dua parti itu yakin bahawa sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat, mereka tetap masih kuat.

Namun, sehingga kini PAS mahupun DAP masih belum berbuat demikian biarpun persengketaan kedua-dua parti itu telah lama.

Lebih memburukkan keadaan apabila PKR tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih sibuk berhadapan dengan kes liwat II Anwar Ibrahim yang kini hanya menunggu keputusan hukuman.

Kesibukan Anwar Ibrahim terhadap kes liwat II yang bakal menentukan masa depan politiknya telah menyebabkan beliau hanya membiarkan pertelingkahan PAS dan DAP yang kini telah semakin teruk.


Dalam kes PAS dan DAP ini siapa yang keluar terlebih dahulu daripada Pakatan Rakyat, tiada kerugian bagi PKR kerana parti kini juga berhadapan dengan krisis dalaman semenjak mereka mengetengahkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor dahulu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger