PENYELARAS DAP DUN TUPONG MAHU TANDING DI KAWASAN N.8 SATOK

Penyelaras DAP DUN Tupong yang juga Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, YB Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa membayangkan beliau adalah salah seorang calon DAP yang pertama daripada kalangan orang Melayu di Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-11 akan datang.

Selain mencatat sejarah, Abdul Aziz Isa juga membuat kemunculan pertama dalam politik Sarawak sebagai calon yang akan berhadapan dengan calon BN daripada kalangan menteri.

Menurut blogger UnreportedNews dalam entri blognya menyatakan Abdul Aziz Isa yakin akan dicalonkan sebagai calon DAP di kawasan Melayu dalam usaha memecah monopoli PKR yang selalu saja kalah dalam pilihan raya.

Abdul Aziz Isa nyata begitu "ambitious dan confident" apabila beliau mendedahkan dia akan bertanding di salah satu daripada tiga DUN; Tupong, Samariang ataupun Satok dalam PRN yang akan datang.

Aziz juga mendedahkan DAP Sarawak akan mengadakan satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching ini pada 1 Disember yang akan datang di mana Chong, yang juga Pengerusi DAP negeri akan membuat "satu pengumuman yang akan mengejutkan".

Menurut sumber dalam DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa berkemungkinan akan berhadapan dengan Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg di kawasan DUN N.8 Satok.

Alasannya, DUN Satok mempunyai pengundi Cina yang tinggi berbanding DUN Samariang atau DUN Tupong itu sendiri.

Sekiranya ini berlaku ternyata Abdul Aziz Isa sengaja mencari nahas dengan PKR Sarawak yang merupakan kawasan tetap mereka seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

Biarpun tidak pernah menang, PKR Sarawak tidak akan melepaskan begitu sahaja kerusi DUN Satok kepada DAP Sarawak dan Abdul Aziz Isa.

Melihat DAP Sarawak adalah parti terkuat dalam Pakatan Rakyat Sarawak kerana berjaya memenangi 11 kerusi DUN dalam PRN Sarawak Ke-10 sebelum ini membuatkan PKR Sarawak terpaksa ikut tunduk kepada DAP Sarawak.

Sehingga kini Pakatan Rakyat Sarawak masih gagal membahagikan kerusi yang akan mereka tandingi kerana masih terdapat beberapa pertindihan antara DAP, PAS dan PKR.

Pertindihan dalam kawasan DUN Sarawak yang akan ditandingi DAP, PKR dan PAS bukanlah perkara baharu dalam Pakatan Rakyat bahkan inilah punca mengapa mereka tidak pernah menang pilihan raya.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 12, 2014 at 10:08 AM

Muka si mamat-disyaki-puak-SODOM DAPBANGKAI ni, memang muka JAHAT! PI MAMPOS!

Yg. aku heran tu, apa dah jadi dgn. kes si PENGGANAS PEMISAH S'wak yg. MENGANCAM nak bunuh YAB KM S'wak haritu - aku syak puak ini adalah diketuai puak PENDATANG PENGGANAS Kristian pro-ZIONIS, yg. akan terus bebas; sedangkan yg. asyik ditangkap cuma PENGGANAS 'Islam' memanjang (puak PENGGANAS Kristian pro-Zionis ni mahu Sarawak dan Sabah yg. kaya minyak-gas digabungkan dgn. Singapura utk. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Bahkan, S'wak makin diKRISTIANkan dan dikuasai si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM ni!

Taukeh-taukeh balak kaum PENDATANG habis menjahanamkan tanah-tanah adat dan sungai-sungai/kpg-kpg. air BUMIPUTERA termasuk BUMIPUTERA Islam/Melayu terutamanya di Baram dan Limbang dan merampas tanah negeri tepi pantai sesuka hati kat Miri (yg. makin jadi pusat Kristian-pro-ZIONIS dan pusat MAKSIAT pelacuran dgn. GRO asing)!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
November 16, 2014 at 11:01 AM

Huhu.! Ada lawan.

Aku brani bet, jumlah undinya dlm range 50 - 100 jak. Mun d area Tupong lah.

Sorrylah Ah-Ziz. Lu bukan olang melayu, lu jgn masok sini. Gua cakap sama lu ahh, olang cina lagi 100x bagus dari lu. Lu Keldai saja. Lagi bodoh dari anjing...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger