PENDAKWARAYA SHAFEE A HUJAH BDULLAH KE ATAS @anwaribrahim YANG KUATKAN BERLAKUNYA KES LIWAT


Kes liwat Anwar Ibrahim hari ini bersambung dan memasuki hari ke-5 selepas ditangguhkan pada Jumaat lepas, 31 Oktober 2014 dengan penghujahan daripada pihak pendakwaraya dalam usaha mematahkan hujah peguambela Anwar Ibrahim yang seramai 14 orang.

Pastinya hujah-hujah pendakwaraya hari ini akan lebih menarik yang akan menguatkan lagi bahawa berlakunya liwat seperti mana yang dinyatakan Saiful Bukhari.

Sebelum itu, apa kata kita lihat kembali hujah pendakwaraya yang dibuat pada Jumaat lepas untuk kita analisis keseluruhan kes ini supaya tidak timbul isu fitnah.

1. Anwar Ibrahim bukanlah individu biasa. Beliau seorang yang berkarismatik dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran seorang budak muda seperti Saiful. Selepas meliwat Saiful, Anwar berpesan kepada Saiful supaya jangan meninggalkan solat.

2. Saiful yang gagal menamatkan pengajian Ijazshnya telah dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai Pembantu Peribadi dengan gai gaji lumayan, elaun yang tinggi dan pelbagai lagi kemudahan lebih menarik daripada staf Anwar yang lain.

3. Saiful dibawa ke mana saja oleh Anwar Ibrahim ke Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara.

4. Anwar juga memberikan Saiful Bukhari satu set sut Brioni yang bernilai hampir RM24,000 (USD7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee. http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, "Can I f*ck you today?" Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara.

Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejaidan trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).

8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Keterangan dan hujah Shafee itu baharu saja 30 peratus dan hari ini pendakwaraya yang hanya 2 orang itu akan menyambung kembali hujah bagi melengkapkan perbicaraan sebelum prosiding penggulungan dan mahkamah membuat keputusan sewajarnya.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 3, 2014 at 10:03 AM

hujah pendakwaan yang telah 30% dilaksanakan telah dapat dibaca oleh pengikut blog. itu tak perlulah aku ulas. satu perkara yang aku nak ulas ialah pihak pembelaan mengantoikan diri sendiri. pihak pembelaan menganggap dengan menyempitkan masa pihak pendakwa, mereka akan memenangi kes dengan mudah. jadual asal sebutan kes adalah 2 hari iaitu 28 dan 29 okt. kedua2 hari telah didominasi oleh pembelaan sehingga menjangkau 30 okt. mereka beranggapan pihak pendakwa akan kesempitan masa berhujah. 31 okt adalah hari jumaat dimana hak pendakwaan untuk berhujah. selepas jumaat adalah sabtu dan ahad, dimana mahkamah tidak bersidang. hakim mempunyai kuasa untuk memberi waktu pihak pendakwaan menyelelesaikan hujah, oleh itu hari isnin telah dipilih. hari sabtu dan ahad telah digunakan oleh pihak pendakwaan untuk study kertas pembelaan dan menyediakan hujah bagi mematahkannya. di sini, strategi pembelaan telah memakan diri. kita tunggu sahaja update hari kedua hujah pendakwa. dijangkakan lagi banyak isu pihak pembelaan akan kantoi. Allah akan bersama pihak yang benar.

November 3, 2014 at 12:23 PM

Amin

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger