PEMUDA BN MALAYSIA MAHU SELESAIKAN ISU SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA?


Tahniah kepada Pemuda BN yang terus komited dalam menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak yang cuba memanipulasinya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

Apakah Pemuda BN mahu menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 ini hanya semata-mata dalam menghadapi pilihan raya?

Apakah mereka ini 'buta' bahawa isu atau sentimen Sarawak for Sarawakian atau Sabah Sarawak Keluar Malaysia tidak hanya bermain pada musim pilihan raya walhal perkara ini sedang bermain di hadapan mata mereka dan juga di media sosial.

Memang jelas Pemuda BN masih lagi ketinggalan dalam isu ini (Perjanjian Malaysia 1963) apabila kenyataan Pengerusi Pemuda BN Malaysia menyatakan semua anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu.  

Pada asasnya isu Sarawak for Sarawakian ini bergema apabila timbul rasa tidak puas hati ke atas layanan pemimpin Malaya ke atas kaum di Sarawak termasuk juga Sabah.

Lihat saja sudah 51 tahun Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia, tetapi masih lagi banyak kawasan luar bandar yang mundur dengan tidak dilengkapi kemudahan asas seperti air dan elektrik termasuk juga jalan raya.

Berbeza dengan halnya di negeri-negeri di Semenanjung yang jalan rayanya licin dan dilengkapi kemudahan asas dan awam.

Lebuh raya di Semenanjung sering dibandingkan dengan jalan raya dari Kuching hingga ke Miri. Itu tidak dinafikan jauh beza macam langit dan bumi. Tetapi, baharu sekarang kerajaan membuka mata bagi membina dan membaikpulih Jalan Pan Borneo dari Kuching hingga ke Sabah.

Atas sebab itu timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sarawak yang mana setiap kali pilihan raya dikatakan sebagai deposit tetap BN.

Malah, sehingga kini tiada sebarang usaha daripada pihak berkuasa dalam menangkap atau mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang cuba mengucarkacirkan negara dengan membawa Sarawak keluar Malaysia.

Yang ada hanyalah membatalkan pendaftaran SAPA sepeti mana dilakukan Kementerian Dalam Negeri, tetapi setakat itu sahaja yang termampu.

Jika diamati persoalan yang akan disoal pejuang Sarawak for Sarawakian ini pasti sukar untuk Pemuda BN menjawabnya biarpun ada di kalangan mereka daripada kalangan peguam. 

Tidak bermakna memperlekehkan pengetahuan dan kemahiran peguam Pemuda BN, tetapi persoalan ini cukup rumit untuk dijawab.

Ini bukan sahaja memerlukan kajian menyeluruh bahkan pengkajinya perlu memahami sejarah Perjanjian Malaysia 1963 dan bukan hanya sekadar membaca.

Begitupun tahniah kepada Pemuda BN yang telah sedar daripada mimpi indah selepas kemenangan tipis dalam PRU-13 lepas.

"Kita (mahu membuktikan golongan muda BN) tahu (dan memahami perkara yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia) dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan di bawah tema gagasan Malaysia ini," katanya Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, semua anggota Pemuda BN yang menghadiri program itu turut menyatakan komitmen untuk menentang habis-habisan usaha "kumpulan pemisah" di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ini.


Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
November 23, 2014 at 6:18 AM

Dah dekat nak Konvensyen UMNO, barulah si si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD ini nak bersuara!

Yg. aku heran tu, apa dah jadi dgn. kes si PENGGANAS PEMISAH S'wak yg. MENGANCAM nak bunuh YAB KM S'wak haritu - aku syak puak ini adalah diketuai puak PENDATANG PENGGANAS Kristian pro-ZIONIS, yg. akan terus bebas; sedangkan yg. asyik ditangkap cuma PENGGANAS 'Islam' memanjang (puak PENGGANAS MUSUH ISLAM/Melayu termasuk puak Kristian pro-Zionis mahu Sarawak dan Sabah yg. kaya minyak-gas digabungkan dgn. Singapura utk. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Bahkan, S'wak-Sabah makin mahu diKRISTIANkan dan dikuasai si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM ni. Maka, patutnya UMNO/PKR/PERKASA dibenarkan utk. MEMBELA nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu Sarawak – sedangkan DAPBANGKAI pun boleh dibenaqkan; yg. terus MENGHASUT puak Kristian utk. MEMBENCI BUMIPUTERA Islam/Melayu serta UMNO!

Taukeh-taukeh balak kaum PENDATANG habis menjahanamkan tanah-tanah adat dan sungai-sungai/kpg-kpg. air BUMIPUTERA termasuk BUMIPUTERA Islam/Melayu terutamanya di Baram dan Limbang dan merampas tanah negeri tepi pantai sesuka hati kat Miri (yg. makin jadi pusat Kristian-pro-ZIONIS dan pusat MAKSIAT pelacuran dgn. GRO asing)!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
November 23, 2014 at 6:21 AM

PEMBETULAN PENTING: (Perenggan KETIGA)

Bahkan, S'wak-Sabah makin mahu diKRISTIANkan dan dikuasai si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM ni. Maka, patutnya UMNO/ISMA/PERKASA dibenarkan utk. MEMBELA nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu Sarawak – sedangkan DAPBANGKAI pun boleh dibenaqkan; yg. terus MENGHASUT puak Kristian utk. MEMBENCI BUMIPUTERA Islam/Melayu serta UMNO!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
November 23, 2014 at 9:23 AM

Itu cerita BN sy dan ramai lg tak suka parti poliik mmg mau kluar Malaysia.

Anonymous
December 24, 2014 at 1:21 PM

CUKUP! kami mahu keluar dari malaysia.... jika tidak mahu kami keluar berikan kami kuasa autonomi untuk memerintah Sabah, kuasa untuk mengawal keluar masuk keuntungan hasil sabah dan sarawak..

Angry Sabahan youth

Anonymous
December 24, 2014 at 1:23 PM

Ataupun pihak persekutuan malaya takut akan kehilangan sumber kewangan dari sabah dan sarawak yang merupakan penyumbang terbesar kewangan di semenanjung?

Angry Sabahan youth

Anonymous
December 24, 2014 at 1:30 PM

maaf ye makcik.. Di sabah melayu adalah pendatang..... dan pendatang perlu diusir keluar dari negara Sabah.....

Angry Sabahn youth.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger