PAS TAKUT DAP TAPI DAP TIDAK TAKUT PAS


DAP telah melihat Pakatan Rakyat kini sudah tidak sekuat dahulu selepas beberapa insiden yang melibatkan kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS yang banyak membuatkan rakyat kini beralih arah kepada BN.

Dengan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang banyak memberi kesan ke atas persahabatan ketiga-tiga parti pembangkang DAP melihat kini sudah tiba masanya mereka keluar Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin DAP kini secara terang mula menyerang kepimpinan PAS yang dikatakan tidak sehaluan dalam perjuangan mereka di dalam Pakatan Rakyat.

Banyak keputusan yang dibuat tidak selari dengan kehendak bersama mereka seperti yang pernah ditunjukkan di dalam pencalonan calon Menteri Besar Selangor.

Tidak habis-habis lagi? Demikian reaksi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan berhubung sindiran DAP yang menyifatkan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin.

Nasruddin berkata, sekiranya beliau membalas kenyataan tersebut, beliau akan dituduh suka ‘pukul’ sesama sendiri.

“Kalau saya jawab, akan ada yang kata saya suka ‘pukul’ sama sendiri. Tapi saksikan apa yang pimpinan DAP ini lakukan.

“Tak habis-habis lagi. Maafkan saya selepas ini kalau saya tampil tegas mempertahankan wibawa pimpinan dan jemaah,” katanya melalui kemas kini status Facebook, malam tadi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menyindir rakan partinya yang disifatkan cakap tidak serupa bikin melalui ucapan Konvensyen DAP, baru-baru ini.

Namun, Guan Eng tidak menyebut nama parti itu tetapi dipercayai ia merujuk kepada PAS.

Sindiran itu bukan yang pertama yang diterima PAS dan yang pasti bukan yang terakhir memandangkan mereka sebelum ini pernah tidur sekatil dan sebantal.

Jika benar DAP mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat dan bergerak atas nama sendiri, PAS pasti tiada masalah. 

Ini kerana PAS merupakan parti pembangkang yang kuat berbanding DAP dan PKR yang banyak bergantung kepada undi Melayu khususnya di kawasan Melayu yang kebanyakan mereka merupakan pengundi tegar PAS.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

PR yang makin lemah atau BN yang makin kuat?

Anonymous
November 6, 2014 at 7:41 PM

Bila laki depa dah nak merengkok dlm jail, madu madupun bergasaklah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger