PAS AKHIRNYA BERJAYA KALAHKAN ADUN DAP REBUT JAWATAN TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGOR


Tanpa bantuan ADUN BN yang mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi bermakna ada di kalangan ADUN PKR yang mengundi calon PAS, Mohd Shafie Ngah sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor bagi mengalahkan calon DAP, Ng Suee Lim.

Pemilihan itu dibuat menerusi undian sulit dan keputusannya diumumkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada mesyuarat ketiga penggal kedua sidang dewan yang bermula semalam.

Mohd Shafie menerima 28 undi berbanding 14 undi yang diperoleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP yang turut dicalonkan untuk jawatan itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata semua 12 ADUN Barisan Nasional mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.

Kerusi timbalan speaker kosong berikutan penyandangnya ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Dengan kemenangan bermaruah ini secara langsung telah berjaya menidakkan ego DAP yang sebelum ini telah menghentam PAS dalam Pakatan Rakyat.

Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
November 26, 2014 at 12:22 AM

Apa2 pun..PAS is nothing..
hanya layak jadi jurucakap DAP..

Anonymous
November 26, 2014 at 4:35 AM

pak turut....DAP...

Anonymous
November 26, 2014 at 10:33 AM

oppsss. bukan jurucakap je, malah tukang cuci taik DAP

Anonymous
November 26, 2014 at 3:52 PM

Kerja bee end 1.menghabiskan duit rakyat 2.Melaga2kan orang 3....

Ini kerja no 2

Anonymous
November 27, 2014 at 9:32 AM

Kerja no 3 taknak sebut? Untuk humban pkr masuk dalam longkang. Tunggu ketikanya, pasti pkr akan berkubur....

Anonymous
December 1, 2014 at 4:24 AM

Sudahla..kalau setakat si tua anwar ibrahim sorang pun boleh buat seluruh umno kecut tido xlena..lagi nak cakap besar nk humban pkr pas dap???sudahla pencacai umno..jadi barua mca..50 tahun umno..melayu hidup merempat..puihhh

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger