MALU DAN BUNUH DIRI SEBABKAN VIOLET YONG DIRUJUK KE JAWATANKUASA TATATERTIB DUN SARAWAK


Hanya publisiti dan mereka sangat berjaya apabila kelantangan suara ADUN Pending, Violet Yong yang dikatakan mengaibkan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dalam perbahasan penggulungan sidang DUN Sarawak.

Violet Yong akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada persidangan DUN Sarawak penggal ini.

Violet enggan menarik balik kenyataan yang dikatakan "mengaibkan" Awang Tengah semasa beliau menggulungkan hujah dalam Persidangan DUN Sarawak.

Violet menyatakan, "sekiranya beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab (Awang Tengah) beliau akan merasa malu dan "membunuh diri" kerana gagal dan tidur dalam melaksanakan tanggungjawabnya."

Disebabkan penggunaan kata-kata yang mengaibkan seperti "membunuh diri" yang tidak sewajarnya diucapkan wakil rakyat, Violet Yong kini berdepan dengan penggantungan.

Awang Tengah, yang juga ADUN Bukit Sari telah membuat membuat usul agar Violet di rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan DUN Sarawak selepas membaca ucapan pergulungan kementeriannya di Persidangan DUN Sarawak di DUN berdekatan Petra Jaya di sini sebentar tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang juga ADUN Dalat telah menyokong usul tersebut dan selepas pengundian, seramai 30 ADUN menyokong usul berkenaan sementara hanya 12 ADUN menentang.

Ini bukan kali pertama ADUN dari pembangkang digantung hadiri sidang DUN Sarawak akibat keceluparan mulut dan tidak kurang juga yang bersikap biadap.

Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti sekaligus memberikan gambaran buruk kepada pemimpin BN.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger