MAHFUZ OMAR KECAM LIM GUAN ENG


Pergolakan dalaman Pakatan Rakyat (PR) kian meruncing apabila Ketua Penerangan PAS mula bersuara dan mengkritik rakan sejawatnya dari DAP, Lim Guan Eng.

Mahfuz Omar mengecam kenyataan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan Lim Guan Eng yang kerap mengkritik ketidakhadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Mahfuz juga menegaskan ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini kerana masalah kesihatan dan ia tidak perlu dipertikaikan.

"Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak begitu cermat dan DAP tidak boleh melakukan secara terbuka kepada umum.

"Ini bukan isu gesaan... mereka tak boleh menggesa sebab dia tak hadir itu ada alasan kesihatan dan sebagainya.

"Tak akan kita nak dia hadir dalam keadaan dia tak sihat, kami tak pernah buat mesyuarat pun menggesa Lim Guan Eng untuk datang mesyuarat kerana dia pun ada juga yang tak datang," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, CEC DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden PAS itu untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
November 14, 2014 at 10:19 AM

Si Mahfuz ni pun tak boleh dipercayailah...kaki Anwar jugalah dia ni....cakap pun kerana jawatan ketua penerangan PAS....entah entah cakap lain hati lain....

Anonymous
November 14, 2014 at 12:58 PM

mat put ni tak payah cakap banyak la..baik ajak lim guan eng pegi "launch"je

Anonymous
November 14, 2014 at 4:07 PM

geng anwar ni memang pandai berlakun. Pada mereka yang penting suara DAP gesa hadi awing dah dibuat. Tindakan curative mahfus ni sekadar nak tonjol diri dan mengabui ahli pas lain konon nya tak sekongkol dangan anwar dan DAP.
Taktik darjah enam semua orang dah tau laaaa. fikir la taktik lain plak!!!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger