MAHASISWA PRO-PEMBANGKANG BUAT KECOH BERDEMONTRASI DI PWTC

Mahasiswa Pro-Pakatan Rakyat hari ini telah melakukan demonstrasi di belakang Dewan Tun Razak yang kononnya untuk menghantar memorandum kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mereka memilih untuk berdemonstrasi di belakang Dewan Tun Razak kerana tidak menjadi tumpuan ahli UMNO.

Mereka berdemonstrasi hanyalah untuk mendapatkan tumpuan media pro-pembangkang sahaja seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider.

Mahasiswa Pro-PR, sekitar 30 orang ini, menggunakan nama pertubuhan GAMIS tidak berani untuk membawa memorandum tersebut di pintu masuk PWTC.

Namun begitu, Exco Pemuda UMNO, Saudara Armand Azha dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Saudara Razlan Rafii telah keluar dari dewan untuk berjumpa dengan mereka.

Ini mengejutkan para demonstran yang tidak menyangka mereka akan mendapat reaksi daripada UMNO.

Saudara Armand mewakili Presiden UMNO menerima memorandum GAMIS tersebut dan meminta mereka untuk bersurai.

GAMIS berkeras tidak mahu beredar walaupun mereka telah menyerahkan memorandum tersebut kepada UMNO.

Ini telah menggamitkan suasana dan berlaku beberapa tempikan oleh para demonstran.

Suasana dapat dikawal dengan kehadiran pihak berkuasa dan mereka bersurai tidak lama selepas itu.

Sumber: KLXPress

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 28, 2014 at 8:36 PM

Melayu Melayu tak sedar diri...seluar dalam pun masih duit mak bapak. Kerja pun tak de..nak memekak. Memalukan bangsa ya, kecik kecik tak nak mampus, keguguran ke kandungan mak masing masing, dah besar baru jejak menara gading yang kerajaan buat dah nak meyombong! Sialan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger