MAAF, PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) TIDAK DITERIMA SARAWAK


DUN Sarawak memuktamadkan bahawa Sarawak tidak memerlukan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) seperti mana di Pulau Pinang.

PPS tidak diperlukan di Sarawak kerana kerajaan Sarawak masih bersama Polis Di Raja Malaysia.

Dr Anuar Rapa’ee (BN-Nangka) menjelaskan, PPS bukan satu pertubuhan yang sah dari segi perundangan malah agensi sedia ada (polis) di Sarawak sudah memadai untuk tujuan itu.

“Tidak perlu diwujudkan PPS ini yang ‘haram’. Kita tidak mahu yang ‘haram’ ini dibawa ke Sarawak, kita sudah ada yang ‘halal’ di negeri ini iaitu RELA,” katanya.

Usul Dr Annuar meminda usul asal dikemukakan See Chee How (PKR-Batu Lintang) yang pada asalnya mahu kamera litar tertutup (CCTV) di pasang di kawasan-kawasan perumahan dalam membanteras jenayah.

Usul yang disokong oleh Malcolm Mussen Lamoh (BN-Batang Ai) semalam diluluskan pada Persidangan DUN.

Beliau tidak bersetuju dengan usul See yang terlalu menumpukan keperluan pemasangan CCTV kerana ia membabitkan kos tinggi.

Sebaliknya, usaha yang paling sesuai adalah menumpukan tentang program kesedaran khususnya di peringkat sekolah.

Kelab Pencegahan Jenayah jelasnya lagi, adalah salah satu daripada inisiatif yang cukup baik dalam memupuk kesedaran.

Dalam usulnya juga, Dr Anuar berkata kerajaan negeri perlu menyokong usaha itu kerana meskipun indeks jenayah menyaksikan penurunan namun persepsi negatif masyarakat terhadap penguatkuasaan dalam mencegah jenayah tetap wujud.


“Jenayah perlu dibanteras secara holistik dan pendekatan komprehensif agar masyarakat dapat hidup dengan aman dan tenteram tanpa perlu khuatir diri menjadi mangsa jenayah,” katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger