KHAIRY BALAS KOMEN PAKAR EKONOMI MEE SEGERA DI MEDIA SOSIAL FACEBOOK


Semenjak kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi bermula 1 Disember 2014, ramai pakar ekonomi 'Mee Segera' muncul di platform facebook dengan pelbagai pengiraan yang tiada tentu betulnya.

Lantaran kemunculan ramai pakar ekonomi mi segera yang tidak memahami cara mengira harga petrol, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melalui laman Facebooknya menjelaskan perkara itu.

Khairy berkata, ramai pengguna laman Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut.

“Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."

“Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dan lain-lain.,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, fakta yang dibawa oleh ‘pakar ekonomi’  itu adalah tidak  betul.

“Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

"Mungkin di sini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni." katanya lagi .

Untuk itu Khairy berkata, harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM dan beliau menunjukkan cara pengiraannya.

Untuk menguatkan lagi hujahnya Khairy berkata ‘pakar ekonomi’ atau mana-mana pihak boleh merujuk penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita guna formula di atas, purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

“Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first,” tulisnya.

Apakah selepas ini ramai lagi pakar ekonomi yang akan muncul dalam mencaturkan ekonomi Malaysia yang kini stabil di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 24, 2014 at 9:48 AM

Si mamat kaki PEMBODEK ni (apalagi dekat Konvensyen UMNO ni) - aku pun tak nak dengaq! Mana Menteri Kem. Pengguna atau PETRONAS?! Aku syak mamat-kari-LIBERAL ni nak tunjuk 'hero' psl ni pula sebab dah kena 'steamroll' dgn tindakan BANGANG timbalan-ROMEOnya yg. MENGGERTAK/MENGHINA puak yg. PERTAHAN ISLAM serta hak Umat Islam/Melayu-Bumiputera sbg. "berhaluan kanan"!

Apalagi si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD ini asyik diPUJA BARUA-BARUAnya termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM - habislah HANCOQ NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita ni! Sebab itu dia takkan berani mengecam mana-mana si PENDATANG KAPIRDAJAL dari BARUA-BARUAnya!

Makcik Sambal Belacan.





Anonymous
November 24, 2014 at 1:23 PM

Woi KJ..

Tunjukkan dalam FORMAT Microsoft Excel.

Ini bukan fakta bersastra.

be factual..bukan argument method.
Mmg tak profesional langsung Menteri Malaysia, menjawab secara emo elobrate

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger