KETUA MENTERI SARAWAK BUAT KEJUTAN KEPADA TAUKE-TAUKE BALAK SARAWAK


Dalam satu majlis yang jarang berlaku bersama dengan hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengejutkan tetamu dengan melabel industri berkenaan sebagai industri ‘rasuah’.

Beliau juga memberi amaran kepada firma pembalakan bahawa beliau akan ‘meletakkan rasa takut kepada Tuhan kepada sesiapa yang tidak jujur”

Hari ini, Adenan membawa bersama enam syarikat pembalakan yang terbesar di negeri ini untuk menandatangani ‘ikrar integriti’, sekaligus mengambil peluang untuk mengeluarkan amaran beliau mengenai pembalakan haram.

Enam syarikat tersebut adalah KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka ‘jangan main-main dengan saya’.

Kepada pegawai penguatkuasaan undang-undang di negeri ini terhadap pembalakan haram, Adenan menegasakan beliau tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai yang ‘ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, ada mulut tetapi bisu”.

Beliau menyifatkan budaya rasuah adalah satu budaya yang sangat teruk, dimana mencerminkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

“Memang ada, walaupun tidak semua, malah ada yang berpura-pura tidak tahu. Sebabnya mudah; sama ada mereka bodoh, pengecut atau rasuah,” kata Adenan kepada semua tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Kabinet negeri, kakitangan awam dan beberapa individu paling kaya di Sarawak.

“Saya akan dakwa anda dengan bantuan dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita mungkin akan kehilangan hutan kita jika kita membiarkan perkara ini terjadi.

“Segelintir (penguatkuasa) mereka takut dengan samseng, mereka takut akan menerima ancaman bunuh melalui mel, baiklah, dan anda katakan kepada mereka, “Adenan perintahkan untuk kuatkuasakan undang-undang”. Tiada lagi alasan untuk tidak berbuat apa-apa tindakan.

Adenan berkata rakyat Sarawak tidak boleh bertolah ansur dengan rasuah lagi kerana berjuta-juta aset telah hilang dan reputasi hasil negeri semakin teruk di peringkat antarabangsa kerana “rompakan ini dilakukan di siang hari”.

Beliau memberi amaran kepada firma pembalakan untuk “berhati-hati dan arahkan kontraktor, sub-kontraktor, pengurus, pembekal dan lain-lain.”

“Katakan kepada mereka untuk berhati-hati, menegaskan mereka perlu berikrar integriti,” katanya.

Adenan juga yakin pihak SPRM akan membuat lebih banyak operasi tangkapan.

“Saya maksudkan apa yang saya sampaikan. Ia bukan hanya cakap kosong..tidak ada tindakan. Kegiatan rasuah di negeri ini sangat teruk dan saya tidak boleh bertolak ansur lagi."

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara.

"Saya akan buat lebih banyak taman negara, lebih daripada keperluan PBB sebanyak 10%." 

Majlis menandatangani ikrar integriti oleh syarikat pembalakan telah diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.

Sumber: The Star Online

Share this article :
 

+ comments + 3 comments

November 17, 2014 at 9:27 PM

Bersedialah SWKian. Counter-attack dari "the big six"...

Anonymous
November 17, 2014 at 11:21 PM

Jgnlah gelap mata wahai penguatkuasa...rasuah boleh mengundang kecelakaan dlm kehidupan kita... mungkin mampu beli kemewahan... hati2le khuatir zuriat kira jadi mangsa kerana wang yg tak berkat... kita menzalimi diri kita sendiri

Anonymous
November 18, 2014 at 2:33 AM

Harapnya YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan juga menyuruh SPRM menyiasat PERAMPASAN Tanah-tanah negeri tepi pantai di Miri oleh Taukeh-Taukeh balak ni! Begitu juga bagaimana Miri boleh menjadi pusat PELACURAN termasuk PATI GRO dari Filipina/China terutamanya; yg. mana pelanggan utamanya disyaki dari omputih/si KAPIR Shell Brunei - haritu polis tangkap GRO tu; tapi lapuran berita tu seolah nak kita simpati pd. GRO tu yg. kononnya di 'eksploit; HANTAQ saja balik negeri depa!

Bahkan Miri ini mahu dijadikan pusat Kristian Extremis pro Zionis/ISrael di Borneo! Sebab itu kena perbanyakkan pembinaan MASJID/SURAU/Sek. Agama/Univ. Islam utk. kaum BUMIPUTERA Islam/Melayu di sdluruh Baram; dan juga POLIS BUMIPUTERA, termasuk POLIS beragama ISLAM utk. kaum Bumiputera Islam/Melayu kerana Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN.

Aku juga pernah naik 4WD dari Miri masuk pendalaman Baram - punyalah MAHAL 4WD; cekik darah betul. Lepas tu, drebar tu sengaja berhenti kat kantin yg. dikuasai geng depa di kwsn pendalaman di Lembah Baram yg.begitu INDAH (tapi habis jlnnya dan juga HUTAN asli dirosakkan lori TAUKEH-TAUKEH BALAK yg. ramai dah MERAMPAS tanah negeri tepi pantai kat Miri tu) - satu pinggan mihun $10; kalau cakap dari awal, lansung takkan pesan! Tapi nasib baik Drebar tu bawa isteri dan anak; kalau tidak takut jugak!

Kerana KEMISKINAN/PENDERITAAN inilah, yg. menyebabkan BUMIPUTERA miskin terutamanya kaum BUMIPUTERA Dayak Penan TERHASUT dgn. politikDAJAL-PENIPU DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Lihat artikel antarabangsa terbaru puak PENIPU ni - di https://intercontinentalcry.org/attempt-expel-indigenous-peoples-proposed-baram-dam-site-denounced-human-rights-groups/ , Attempt to Expel Indigenous Peoples from Proposed Baram Dam Site Denounced By Human Rights Groups: Government and Companies Complicit in Violating Freedom of Assembly and Land Rights, by JOAS, SUARAM and International Rivers on October 24, 2014!

Yg. herannya tu, Suaram tu pertubuhan HARAM oleh puak PENDATANG; apahal boleh beroperasi pula di M'sia ni dan aktif pula di S'wak?! Dan 'NGO' Jaringan Org. Asal se Malaysia ni yg. aku tak pernah dengaq ni - aku juga syak HARAM sebab apa hak depa nak mewakili semua BUMIPUTERA kat seluruh Malaysia ni - melainkan mereka cuba nak MENGHASUT kaum Dayak dgn. MENIPU spt. biasa, yg. kononnya kaum BUMIPUTERA Melayu termasuk kaum Melayu di Semenanjung, Melayu Melanau, Melayu Brunei dsbnya, bukan Org. Asal/BUMIPUTERA?! Maka, mana tindakan KDN/K'jaan S'wak untuk MENGHARAMkan Suaram dan segala mcm. NGO-NGO HARAM ini, termasuk juga 'NGO' perisikan Jerman/NATO, BMF; yg. berpusat di Basel, Switzerland - yg. sering MENYAMAQ sbg. pelancong atau disyaki dari pekerja Shell, dan BMF ini juga berpusat di Miri!

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger