KETIADAAN DAP DALAM MESYUARAT PAKATAN RAKYAT SARAWAK GAMBARAN MENUJU KEHANCURAN


Amaran DAP Sarawak sebelum ini bahawa mereka tidak akan bersama PKR Sarawak dan PAS Sarawak dalam Pakatan Rakyat Sarawak ternyata benar dan bukan main-main.

Ini dibuktikan dalam Mesyuarat Ketiga Pakatan Rakyat Sarawak yang dipengerusikan PAS Sarawak yang membincangkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-11 yang mana menyaksikan tiada wakil DAP Sarawak yang hadir.

Ketiadaaan wakil daripada DAP itu menyaksikan mesyuarat yang dijalankan secara bergilir antara tiga parti dalam PR Sarawak itu dan kali ini dipengerusikan oleh PAS, hanya membincangkan mengenai pertindihan pengagihan kerusi antara PAS dan PKR.

Mesyuarat yang dihadiri Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian serta beberapa lagi wakil kedua-dua parti seterusnya mengambil ketetapan satu kerusi daripada lima kerusi bertindih antara kedua-dua parti itu iaitu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Belawai diserahkan kepada PAS.

Perbincangan mengenai empat lagi kerusi iaitu DUN Tupong, Daro, Jepak dan Asajaya akan diadakan pada mesyuarat seterusnya yang belum ditetapkan.

Ini disebabkan empat DUN terbabit juga diminati DAP yang akan mengetangahkan calon Bumiputera di kawasan tersebut.

Adam ketika diminta mengulas ketiadaan wakil DAP berkata sejak awal lagi beliau tidak menerima sebarang maklum balas sama ada parti itu akan menghantar wakil mereka atau tidak.

"Saya tidak ada komen panjang, saya tidak dimaklumkan sama ada mereka akan hadir dan sebab-sebab tidak hadir pun tidak dimaklumkan," katanya pemberita.

Ditanya sama ada itu adalah tanda DAP memboikot mesyuarat tersebut, Adam hanya menjawab 'tanya DAP sendiri kenapa mereka tidak hadir'.

Baru berkata beliau difahamkan notis mengenai mesyuarat diserahkan kepada DAP oleh PAS, namun senada dengan Adam tidak mengetahui alasan DAP tidak turut serta dalam mesyuarat tersebut.

"Notis telah diberikan kepada kami (PKR), dan saya dimaklumkan notis itu juga diberikan kepada DAP. Seperti kata Tuan Haji (Adam) kami tidak tahu sebabnya, mungkin anda boleh menghubungi mereka," katanya.

Pada 18 Oktober lalu, DAP menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam PR Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud. 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 7, 2014 at 3:57 AM

Ini ialah kerana DAPBANGKAI yakin akan dapat menawan S'wak (kemudian SABAH) melalui MO, MENGKRISTIANkan Sabah-S'wak!

Dan sementara pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL termasuk dari UMNO Sabah terus ANGKUH dan LALAI dengan kubu mereka yg. sebenaqnya makin lemah, si DAPBANGKAI bersama tuan Barat-Zionisnya juga yakin Sabah-Sarawak-yg- amat kaya minyak-gas, akan dapat diPISAHkan dari Malaysia, untuk menjadi Singapura-no-3 (pusat Mossad/CIA/NATO di Asia Tenggara - Singapura no-2 ialah P. Pinang)! Patutnya di Sarawak, ditubuhkan juga parti ISLAM/Melayu BERSATU - yg.memberi peluang kpd. BUMIPUTERA Islam/Melayu Sarawak mempertahankan hak mereka sbg. bangsa BUMIPUTERA Melayu contohnya Melayu Brunei, Melayu Melanau dsbnya. Kalau kaum Dayak boleh dibenarkan menyatukan bermacam suku kaum BUMIPUTERA mereka, termasuk kaum Iban, Kenyah, Kelabit dsbnya, mengapa kaum Melayu Sarawak tidak dibenarkan menyatukan seluruh kaum Melayu Sarawak?!

Lihat di http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lagi-kampung-melayu-bakal-hilang-1.13022, Lagi kampung Melayu bakal hilang, OLEH MOHD. FIRDAUS ISMAIL PENGARANG@UTUSAN.COM.MY | 14 Oktober 2014:

PEMANDANGAN sebahagian Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang, yang bakal 'hilang' apabila penduduknya mendakwa akan dihalau tanpa menerima sebarang pampasan. - UTUSAN/ AZMAN ASMAYAT IM

PULAU PINANG 13 Okt. - Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini, bakal lenyap selepas lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Hari ini, penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung berkenaan, Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada 2007 apabila tuan tanah yang menetap di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada 2012 apabila mereka diarah berpindah dengan notis terakhir diterima kira-kira tiga bulan lalu.

Tambah beliau, arahan pengosongan itu membabitkan sebanyak 48 buah rumah penduduk yang terletak di lot A dan B manakala penduduk tidak dimaklumkan jenis pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut.

"Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi itu......

(Teruskan membaca.......)

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger