KERAJAAN PILIHAN RAKYAT PULAU PINANG DAP AKUI TIDAK BINA RUMAH MURAH


Sebelum ini Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, pernah beberapa kali menafikan bahawa kerajaan tidak pernah membina mahupun merancang untuk membina rumah-rumah kos rendah atau mampu milik di Pulau Pinang.

Ini kerana membina rumah kos rendah atau mampu milik merupakan salah satu manifesto DAP Pulau Pinang dalam dua Pilihan Raya Umum sebelum ini.

Dan, dalam sidang DUN Pulau Pinang semalam, akhirnya pembohongan Lim Guan Eng terbongkar apabila Exco Kerajaan Negeri mengakui bahawa mereka (kerajaan Pulau Pinang) tidak membina rumah kos rendah atau rumah mampu milik.

Sebelum ini rakyat dipengaruhi bahawa hasil ketelusan dan kemurnian kerajaan DAP, maka mereka mengutamakan pembinaan rumah kos rendah khas untuk membantu rakyat.

Namun sidang DUN hari ini mendedah dan membuktikan bahawa DAP cuma menipu dalam kempen mereka. 

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid meminta kerajaan negeri memperincikan jumlah rumah kos rendah yang dibina sepanjang pakatan rakyat mentadbir negeri ini.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinan DAP itu dilihat gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang.

“Cuba beritahu saya berapa buah rumah kos rendah yang telah dibina oleh kerajaan negeri sekarang dan di mana? Tolong beri perincian. Sekatat ini tiada, kosong,” katanya pada sesi soal jawab sidang DUN.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai perancangan untuk membina rumah mampu milik bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pulau Pinang, walaupun BN tidak memerintah negeri itu.

Membidas kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Jagdeep Singh Deo bahawa Kerajaan Persekutuan sama sekali gagal membekalkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada rakyat, Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, PR1MA pasti akan menunaikan janji yang dibuat bagi membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang.

Jahara yang mencelah ketika Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri itu menjawab soalan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berhubung isu perumahan, berkata: “Kami di sini boleh beri jaminan bahawa PR1MA akan menunaikan janji yang telah dibuat”.

Jagdeep Singh ketika menjawab soalan berhubung isu perumahan itu turut mencabar BN membuktikan PR1MA akan dibina di Pulau Pinang kerana mendakwa negeri di bawah pimpinan DAP itu sering dianaktirikan.
Pada Disember 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Jahara turut membangkitkan isu kebenaran merancang projek rumah kos rendah yang tidak melibatkan penempatan semula setinggan antara kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

“Saya rasa elok kalau ia tidak diselesaikan di media kerana ia tidak membawa kepada satu kesudahan yang baik. Datuk Zainal Abidin Osman (Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang) telah beritahu bersedia untuk berjumpa Jagdeep.

“Persoalannya, adakah YB Jagdeep bersedia untuk mempertimbangkan secara positif agensi yang ingin membina rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini.

Jadi, di sini adakah kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama supaya projek dapat diteruskan,” katanya. 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 8, 2014 at 11:21 PM

UMNO P. Pinang-LEMBAP ni! Patutnya lawan HABIS-HABISAN utk. MENYAMAN DAPBANGKAI-PENYAMUN ni - atas TANAH RIZAB MELAYU yg. DIROMPAK kerana dasar undg-undg Perlembagaan yg. melindungi HAK BUMIPUTERA dan Tanah Rizab Melayu yg. berasaskan Wasiat Raja-Raja Islam/Melayu, telah diPERMAINkan dan diPIJAK dgn sewenangnya tanpa rasa BERSALAH lansung, oleh pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT, yg. sibuk mengKAYAkan anak-beranak depa! Di samping BERZUMBA terhegeh-hegeh kat sini sana dan BERPELUKAN dgn. si gong-eng- SIAL DAPBANGKAI!

liaht di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ganti-segera-8232-tanah-rizab-melayu-1.22142 , Ganti segera 
Tanah Rizab Melayu, OLEH AZHARI ZAINOODDIN (UTUSANPEN , ANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 , November 2014:

HANIF OMAR (kanan) memperkatakan sesuatu mengenai tanah rizab Melayu sambil diperhatikan oleh Zaman Khan Rahim Khan (kiri) dan Mohd. Rizuad Mohd. Azudin dalam sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
PULAU PINANG 7 Nov. – Kerajaan diminta segera menggantikan Tanah Rizab Melayu yang telah dilupuskan dengan serta-merta seperti yang telah digariskan dalam peruntukan Perlembagaan.

Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang juga bekas Ke¬tua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, tidak kira siapa yang memerintah, tanah tersebut adalah hak orang Melayu secara keseluruhannya dan tidak boleh diganggu.

Tegasnya, amat jelas dalam Perlembagaan, Tanah Rizab Melayu yang ada, tidak boleh dilupus me¬lainkan kerajaan memperuntukkan tanah gantian yang sama luas de¬ngan serta-merta.

“Namun apa yang berlaku sekarang ini? Kenapa Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan dan tidak mencapai tahap 50 peratus seperti yang diwasiatkan oleh raja-raja Melayu?

“Tidak kira apa yang berlaku, MPM mendesak kerajaan segera menggantikan tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan kini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Hanif, bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu ber¬kenaan, kerajaan boleh melakukan pelbagai cara dengan mewartakan tanah-tanah yang ada seperti Tanah Rancangan Felda atau tanah milik kerajaan Pusat yang telah tidak digunakan.
“Wartakan sahaja tanah Felda supaya tanah terbabit tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak termasuk syarikat milik bumiputera sendiri,” katanya.

Malah tegas Hanif, di Kuala Lumpur sendiri terdapat banyak tanah milik kerajaan yang telah tidak digunakan dan adalah lebih baik tanah terbabit digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu untuk menjamin ke¬langsungan orang Melayu di ibu kota......

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger