KEJUTAN KEPADA PEMBANGKANG BILA KETUA MENTERI SARAWAK UMUM PENURUNAN KADAR TARIF ELEKTRIK DOMESTIK


Pemimpin pembangkang tiada dapat berkata apa-apa apabila Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan penggulungan Persidangan DUN Sarawak memberitahu kerajaan negeri Sarawak bersetuju mengurangkan kadar tarif elektrik domestik Sarawak bermula 1 Januari 2015.

Sebelum ini DAP Sarawak telah mendapatkan tandatangan rakyat Sarawak sepanjang tempoh 3 bulan bagi mendesak kerajaan menurunkan kadar tarif elektrik tetapi hanya sebanyak 30 peratus dalam usaha menarik perhatian rakyat.

“Ini menunjukkan dasar sosial yang baik dengan menawarkan harga terendah kepada pengguna berpendapatan rendah dan turut mempromosi falsafah hijau dengan menggalakkan penggunaan elektrik cekap,” ujarnya.

Beliau menafikan langkah penurunan itu diambil kerajaan akibat desakan ahli politik pembangkang.

“Keputusan ini bukan hasil daripada kempen tandatangan penurunan tarif elektrik oleh DAP sebelum ini. Jangan mengambil kesempatan atas usaha BN.

“Anda (pembangkang) cuma boleh minta apa-apa tetapi BN yang melakukannya,” tegasnya.

Beliau berkata lagi pengguna di Sarawak sebelum semakan semula ini juga menerima kadar caj elektrik yang rendah di Malaysia.

Kerajaan negeri menurutnya dapat mengurangkan tarif elektrik apabila Empangan Hidroelektrik Murum berupaya merendahkan kos purata pembekalan ditanggung SEB.

Ini adalah sejajar dengan rancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk beralih daripada menggunakan bahan bakar fosil untuk bekalan tenaga kepada tenaga diperbaharui yang lebih rendah kos.

Penurunan kadar tarif elektrik itu akan dinikmati lebih kurang 240,000 pengguna atau hampir 50 peratus pelanggan SEB (Sarawak Energy Bhd) akan menikmati pengurangan tarif antara 20 dan lebih 40 peratus.

“Hampir 60,000 pengguna akan menyertai 70,000 pengguna yang sedia layak menikmati subsidi RM20 kerajaan persekutuan.

“Ini bermakna kira-kira 130,000 pengguna berpendapatan rendah akan menerima bil (elektrik) bulanan sifar (tidak perlu membayar),” katanya mengumumkan keputusan tersebut pada ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Menurutnya, bagi 50,000 pengguna yang tidak layak menerima subsidi kerajaan persekutuan dan menggunakan 150 unit sebulan, tarif akan dikurangkan kepada lebih 40 peratus.

Semakan semula itu juga melibatkan 50,000 pengguna yang menggunakan antara 150 dan 200 unit dengan kadar baharu 30 peratus.

Manakala 80,000 pengguna yang menggunakan antara 200 dan 300 unit sebulan akan menikmati pengurangan tarif 20 peratus.

Bagi 50,000 pengguna yang menggunakan antara 300 dan 400 unit sebulan akan menerima pengurangan 10 peratus.

Sebanyak 125,000 pengguna dengan penggunaan terbanyak iaitu lebih 400 unit layak menikmati pengurangan antara dua dan empat peratus.

Langkah kerajaan ini bertujuan mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan kos sara hidup dan struktur semakan semula tarif elektrik adalah sejajar dengan prinsipal tarif moden iaitu tarif meningkat dengan penggunaan elektrik.

“Dalam konteks ini, komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan sumber tenaga hidro menerusi Pelan Pembangunan SCORE telah membawa pulangan awal kepada rakyat,” katanya.


Penurunan tarif itu menurutnya adalah susulan kejayaan SEB mengurangkan kes kecurian elektrik sejak 2010.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 20, 2014 at 9:18 AM

Aku rasa elok Adenan Satim ni ganti najib. najib hampehhh

Anonymous
November 25, 2014 at 11:08 AM

Datuk Patinggi Hj Adenan Hj Satem seorang Ketua Menteri yang berjiwa rakyat. Sempoi. Memikirkan kesusahan rakyat jelata.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger