KAKITANGAN KERAJAAN BERISIKO JADI GELANDANGAN BERIKUTAN KENAIKAN HARGA RUMAH

Kenaikan harga rumah kini bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

Ini membuatkan rakyat kini terdesak untuk memiliki rumah biarpun mahal.

Bagaimanapun, pembeli berdepan risiko untuk tidak diluluskan pinjaman kerana kekangan pendapatan yang membenarka  pinjaman perumahan mereka diluluskan.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya kakitangan kerajaan pun berisiko terlibat sama sebagai gelandangan apabila tidak memiliki rumah.

Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.

Katanya, Cuepacs menyokong saranan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sebelum ini agar kerajaan campur tangan dalam menentukan harga rumah.

“Sekarang harga rumah tidak mampu lagi dikawal, walaupun kerajaan baru-baru ini bersetuju mana-mana orang luar yang mahu memiliki hartanah di Malaysia mestilah berharga RM1 juta ke atas.

“Rentetan itu, dikhuatiri pemaju akan mengambil kesempatan menaikkan lagi harga rumah dan mengakibatkan rakyat negara terus tidak mampu memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan kerajaan mewujudkan dasar seorang rakyat sebuah rumah.

“Kita mahu dasar di mana rakyat mampu beli rumah. Bagaimana caranya, ia tanggungjawab kerajaan melakukannya terutama mengawal harga rumah,” katanya.

Apa yang diperkatakan Presiden Ceupacs itu ada benarnya biarpun kerajaan mewujudkan PRIMA.

Lihat saja harga rumah PRIMA yang disyorkan kerajaan tidak kurang mahalnya dengan harga rumah lain.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 23, 2014 at 12:25 PM

Kenapa tak majukan tanah rezab melayu dan tanah wakaf dan jual kepada orang melayu sahaja .tanah wakaf untuk mereka yang benar benar miskin .

Anonymous
November 23, 2014 at 12:36 PM

tanggungjawap kjaan pusat kjaan negeri beri peruntukan tanah untuk rumah mampu milik sahaja . . ,syaratkan pemaju bembina rumah mampu milik 50% bagi setiap projek perumahan . , .

November 25, 2014 at 4:42 PM

apakah hanya kakitangan kerajaan saja yg diberi perhatian.bagaimana rakyat lain yang rata pendapatan rendah? apakah kakitangan kerajaan rakyat malaysia sedangkan rakyat lain umpama pendatang haram ditanah air sendiri?aku meluat bila akhir tahun bermacam macam kakitangan kera...jaan minta seolah olah depa saja yang melarat sedangkan bila pencen ada juga duit pencen.apakah rakyat bukan kakitangan kera,,,jaan umpama babi untuk sembelihan?

Anonymous
November 26, 2014 at 3:02 PM

Hope kakitangan kerajaan sedar la..diorg tu level gelandangan...n actually pengemis duit rakyat...dah la kikis duit rakyat nak bayar gaji diaorg..perkhidmatan teruk lak tu..memang bagus la jadi gelandangan..balasan atas perbuatan diaorg pada rakyat

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger