JOKOWI MULA TUNJUK BELANG KEPADA MALAYSIA DAN NEGARA JIRAN


Terdesak sangatkah rakyat Malaysia hendak menangkap ikan di perairan Indonesia berbanding kedatangan secara haram Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia ke Malaysia setiap tahun.

Ini susulan daripada penahanan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut semalam.

Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu.

Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, Andi Widjajanto dalam wawancara dengan Reuters berkata, pihak berkuasa Indonesia perlu membanteras aktiviti tangkapan ikan secara haram demi untuk menyelamatkan negara itu yang mengalami kerugian sekitar AS$25 bilion setiap tahun.

“Presiden telah berkata bahawa sektor maritim Indonesia kini berada dalam keadaan darurat dan kita perlu mengambil satu pendekatan baru yang berani. Oleh sebab itu, Indonesia mengecam tindakan penangkapan ikan secara haram tersebut dan tindakan yang keras harus diambil.

“Kami berharap tindakan itu dapat memberikan mesej yang jelas kepada negara-negara jiran kami seperti Malaysia dan China bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang biasa bagi kami.

Dalam wawancara itu juga, Andi memberitahu, sekurang-kurangnya 300 nelayan haram lagi akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang.

Sebagai usaha berterusan untuk membanteras tangkapan ikan secara haram itu juga, kerajaan Indonesia tegas Andi, merancang mengadakan protes secara diplomatik ke atas negara-negara yang terlibat yang dijangka membuat aduan ekoran penahanan rakyat mereka.


Justeru, sekiranya Indonesia boleh berbuat sebegitu terhadap Malaysia dalam menegakkan undang-undang negaranya dan melindungi ekonomi, kenapa Malaysia tidak boleh berbuat sebegitu ke atas PATI yang kebanyakan rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia secara haram?
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
November 21, 2014 at 5:57 PM

Sebab itu segala bencana blaku kat indon. Kita yg bantu diaorg pun tak pernah nk bsykur. Tuhan ada.....

Anonymous
November 22, 2014 at 2:23 AM

Tengok si Jokowi ni buat isyarat tangan puak SETAN Bart-Zionis Devil Horn" -lihat di http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; and http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013!

Si Setan ni ni nak MELAGAkan BUMIPUTERA Islam Malaysia-Indonesia!

Si Jokowi-LIBERAL pro-Barat/ZIONIS ni juga akan menjadikan lebih ramai saudara se BUMIPUTERA dari Alam Melayu kita di Indonesia terutamanya Bumiputera Islam/Melayu, yang sungguh malang, akan terus menjadi KULI termasuk sbg. org. gaji-buruh-pengutip sampah (di Indonesia juga ada perkampungan "Rubbish Slum" spt. Bumiputera Filipina di Manila), serta jadi mangsa bot-karam kat Malaysia ni apabila terpaksa naik bot haram untuk pulang bercuti Hari Raya/Ramadhan dsbnya!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
December 14, 2015 at 4:59 AM

INI MERUPAKAN HAK KEDAULATAN NEGARA INDONESIA SETIAP NEGARA MEMPUNYAI HAK KEDAULATANNYA DAN SESIAPA YANG MELANGGAR KEDAULATAN ITU WAJIB DITENTANG SAYA FIKIR JOKOWI PATUT MENGAMBIL TINDAKAN SEPERTI INI SAMA JUGA DENGAN PEMERINTAH NEGARA KITA BILA KEDAULATAN NEGARA DAN SEMPADAN KITA DI CEROBOH APA YANG DIBUAT JOKOWI ADALAH BETUL

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger